Pertama aku nak berterima kasihlah pada semua kawan2 yang tegur aku semasa lari. Walaupun ada yang baru kali pertama berjumpa tapi dah best borak-borak dengan korang semua. Dan kedua aku nak minta maaf juga pada semua kawan-kawan yang ada semasa digarisan penamat, kat Stupe ,Kam, Ahamad Farid dan semua-semualah. Aku masa tu tension sebab pengajur tu nak suruh orang koma kot tak ada air. Somebody mesti buat bising, kalau tak dia faham. Aku tak ada hal dia ISA muka aku ke, janji aku lepaskan geram aku. Semasa jalan tu dok dengar perserta lain mengupat tak puas hati, cerita belakang-belakang tak mainlah. Semasa GE30km hari tu pun aku siap jumpa tak silap aku penaung Pacesetter kot? Sebab air terakhir dah lebih 6km. 10K aku bising sikit je tapi kalau lebih 21km ....... #^#&&$#@
Lepas 30km span station air habis tinggal span je kemudian kat kawasan yang berbukit tu air habis lagi. Adeh.. malu aku pada peserta luar semasa kat situ macam aku pula yang buat event tu. Yang dia orang pun satu pergi guna air mineral untuk Span kenapa? gunalah air dari lori air DBKL tu ke!!! Air dah habis kenapa tak ada orang hantar. Semasa Ironman jangan kata lori bawa air ,lori ais kiub pun berlegar refill sampai peserta boleh mandi dengan ais kiub tu.
Semasa di double hill aku jumpa air 100 plus dengan mineral(bebudak sukarela tu tertinggal kot) aku balun je tapi bila aku tengok orang belakang(Mat Salleh, Mek Salleh, Singapore dan tah sape lagi) ,nak tak nak aku bagi juga. 2 botol tu siap boleh share aku rasa lebih 8 orang. Bukan nak kata aku baik tapi dia orang mesti berperasaan macam aku juga.....
TEENNNSSION. Dia punya happy macam dia tu di Gurun Sahara. Aku dah krem dan ramai lagi tapi nak telan Gel sahaja lagi kerja giler.
Lain kali aku tak nak masuk Marathon lagi sebab aku dah tension tahap 10 ni!!!!!Aku nak masuk ultra 84km pula, baru padan muka aku.Salute kat Ahmad Farid buat dalam masa 12jam. Tahniah buat semua yang buat masa dengan baik sekali.
10km - 55minit
21km - hampir 2jam
30km - 3jam 3minit
lepas tu aku jalan dan lari sebab aku nak krem ,dari 33km tak lari dah sampai sudah. Siap lepak Area Lorong Haji Taib tengok-tengok aaahheemm-aahheeemmm.
Total masa dibazirkan 5jam +40minit kot. Pengajaran dari acara ni -->lain kali aku kena lari laju supaya air tak habis.
Ppoooraahhhh.....