Hari kejadian …..
.
Malam sebelum race macam biasa aku memang tak boleh tidur, kata orang melayu macam cacing kepanasan. Aku tak boleh tidur bukan sebab panas malam tu tapi sebab aku gelabah tak memasal. 30 minit sekali aku bangun ke tandas hinggakan aku sendiri tak tahu berapa kali aku masuk keluar tandas malam tu.
Pukul 4.30am aku lepak dan tak ada mood nak
Pagi di jeti hati rasa lapang sikit bila jumpa member-member seangkatan, Abu, Yip, Tey, Shahzly, Azmar, Mejar K, Kev, Zar dan ramai lagilah. Kalau aku nak tulis semua boring pula korang nak baca nanti.
20 minit sebelum race aku lepak je, relax tepi beskal chap ayam aku dan berdoa agar beskal tu tak buat hal atau pancit tayarnya(perkara yang paling aku risau).
Swim
Macam biasa juga aku ni selalu play safe bila berenang dengan mengambil tempat disebelah kiri sekali. Pace renangan aku relax-relax gitu dan sejauh 1.9km aku cuma cucuk angin perserta buta dari Jepun. Selepas buat U-turn barulah aku buka turbo aku dan aku bla laju sikit.
Kali ni aku tak terkena atau terlanggar sebarang binatang berbisa, sikit-sikit 2-3 das dengan lintah laut biasalah tu. Sampai ke darat aku lalok kejap pening-pening lalat. Lepas tu masuk ke khemah persalinan tukar ke mood kayuh pula.
Kayuh
Nak mula kayuh kaki bersepah tapi selepas 5 minit barulah normal kayuhan aku. Lalaun tahun ni 1st loop memang best dengan permadangan yang cantik dan lembu dan kerbau dan angsa dan ayam dan segala jenis binatang boleh ada atas jalan. Maka perlulah semua pengayuh berhati-hati sikit. Walaupun kemungkinan tu rendah tapi dengan binatang jangan buat main kerana sukar diramal.
Bukit memang banyak dan paling tak best kena naik bukit yang sama kearah Ulu Melaka berulang-ulang kali. Kalau tak silap 4 kali kot kena daki bukit yang sama. Masuk loop ke 3 aku dah mula tengok ramai perserta menolak beskal tapi aku masih
Gambar ni dari Makcik Aini
Syukur kerana beskal aku tak pancit atau sebarang kerosakan mekanikal.
Penyokong setia No 1
Loop yang sama memang membosankan tetapi kanak-kanak disepanjang laluan amat menghiburkan hati yang sedang senak dan terbakar dengan kepanansan. Maner yang tak dapat botol aku bagi, kalau dah ada aku tak layan. Setiap kali nak naik bukit aku kosangkan bike aku. Semua botol aku campak agar mudah sikit nak naik bukit tapi kalau dah tak power tu beskal dah ringan pun sama je tetap tak laju juga.
Dan tq pada Tey yang tak putus-putus snap gambar aku setiap kali dia lihat aku lalu. Juga aku suspek dengan semua sukarelawan yang bersungguh-sungguh nak tolong aku dan
Baki 50km kayuhan satu penyeksaan kerana hari nak hujan maka angin arah bertentangan kuat giler babun. Semua peserta kayuh macam ular kena palu dan top speed aku cuma 24kmh sahaja.
Lari/Jalan/Lepak/Koma ?
Masuk khemah aku lepak lagi dan tak disangka-sangka tapak kaki aku dah kembang sangat sampai aku nak pijak carpet pun rasa pedih semacam. Bermula dari situlah aku sebenarnya dah separuh koma. Larian lap pertama cantik dan muka masih berseri-seri senyum dengan member-member tapi masuk lap ke-2 aku dah mula tak kenal orang. Mintak maaflah kalau masa lari aku tak tegur atau aku tak balas bila ditegur.
Setiap langkah aku adalah satu penyeksaan yang teramat. Setiap langkah bagaikan nak ke puncak Everest. Setiap lap macam aku dah berlari 50km. Badan aku pun buat benda pelik-pelik semasa lari. Lap 1 cergas, lap 2 hampeh, lap 3 nak koma, lap 4 cergas semula macam baru lari dan lap 5 separuh koma dan nasib baik aku tak kena masuk ambulan.
Pada lap 5 dan pada U-turn last kopek aku
Mana ayah ni tak sampai-sampai lagi? Tidur dululah.
Jadi bermula dari situ aku hanya boleh berjalan sahaja. Larian 7 km yang sepatutnya boleh dilakukan bawah 35minit dengan mudah akhirnya mengambil masa 90minit. Tapi last 2km adalah masa paling best dan berharga pada aku untuk sepanjang acara ni. Mana tidaknya dalam keadaan aku yang separuh sedar ni anak aku nak temankan aku hingga ke garisan penamat.
Dah malam beb.......
Pada masa tu aku tak peduli dah pasal hal lain, yang aku tahu aku nak tamatkan perjalanan yang panjang ni dengan anak tersayang dan berapa ramai potong sayur aku pada masa tu pun sudah tidak menjadi hal lagi.
Tiba digarisan………… yessssss aku dah habis, aku nak balik, aku nak tidur. Seronoknya, korang kenalah masuk dan rasa sebab tak ada perkataan yang dapat aku cari untuk menyatakan betapa puasnya aku sebab dapat tamatkan perjalanan ni.
Setelah tamat satu badan aku goyang dan bila berjumpa doctor aku kata perut aku dah shutdown lebih 90minit yang lalu. Malah kalau masuk air kosong pun pasti akan tendang keluar semula. Kerana aku dah tak boleh nak masuk apa-apa lagi maka doctor masukan air secara langsung ke badan aku. Berat badan hanya turun 1 kg sahaja tapi disebabkan aku dah mula nak krem satu badan dan tak boleh nak telan apa-apa lagi, pilihan terbaik adalah masuk air.
1jam aku lepak dalam tu. Yang bestnya aku tak boleh nak makan atau minum tapi anak aku siap balun aiskrin dan makan-makan dalam khemah Medic tu. Tq pada semua staff yang layan aku dan anak dan tq pada sorang nurse tu sebab tolong call wife berikan info yang laki dia dah terbaring.. Dan sebelum aku keluar Abang Sofian pula lepak sebelah aku. Dia tak apa-apa cuma rehatkan badan sahaja.
Banyak kesilapan yang aku buat dalam perjalanan kali ini tapi tak mengapa kerana lain kali kalau …… kalaulah aku berniat nak masuk lagi, pengalaman pertama ini akan membuat aku lebih baik dari sekarang. Lagi pun kalau niat dihati nak enjoy, maka race tu akan jadi enjoylah.
Taniah juga pada semua kawan-kawan yang tamatkan race kali ni dan ada yang begitu menyerlah dengan masa yang begitu baik. Anda pasti tahu siapa anda yang saya maksudkan ini
Tahun hadapan Ironman belum tentu akan diadakan di Langkawi atas sebab kewangan. Jadi kita tunggu jelah yaaa… Langkawi lagi atau Trengganu(banyak duit) atau tempat lain. Tak ada siapa yang tahu dan pasti lagi. Tapi elok gak buat tempat lain sebab payah betul aku rasa nak bawa barang-barang masuk ke Pulau ni. Cerita pasal barang , aku masuk sikit tapi bila keluar jadi banyak pula barang aku !!!! Faham-faham jelah ya........







8 Mengumpat:
wah..
tahniah abg zul...
mmg salute la...
org SPIrit kuat je bleh join event ironman ni..
mmg sy pun ade jgk cite2 nk join iroman..tapi bile tu tak taula..hehe
ini abang zul....
sangat kuat orgnya...
abg zul adalah idola saya....ermm
Abg Zul adalah idola saya
Tahniah Abang Zul! Kalau ada jalan, tahun depan buat lagi ya!
congrats bro!!!!
Far better is it to dare mighty things, to win glorious triumphs, even though checkered by failure... than to rank with those poor spirits who neither enjoy nor suffer much, because they live in a gray twilight that knows not victory nor defeat.
to all : congrats!!!
wah, member chap ayam original memang hebat! tahniah for your 1st iron man . . .. hopefully your story will inspired me to move to my next level - from half to full marathon. me masih phobia . .
ada apa2 petua untuk kuat kan semangat?
congrats again
syah: sesiapa pun boleh buat syah janji mahu...
naz: jom masuk..renang aku boleh ajarkan.
abu: tengkoraklah... ko lagi power 13:10 . nanti ajar aku macam maner nak kayuh laju.
kev: next time u mesti cuba untuk KONA ok.
stupe: same to u
?: tq
Jue: went i ran,i saw my family faces untuk kuatkan semangat dan kalau boleh ajak semua sekali saudara mara, makcik2 dan pakcik2 dan semua kawan-kawan kat opis tu.
jangan mare yaaa.....
Post a Comment