CMAMAT ENTERTAINMENT & CLOWN SERVICES

CMAMAT ENTERTAINMENT & CLOWN SERVICES
016-2343017 / 012-3542961

VIP TERHORMAT

14.4.09

Laporan Bhp Run



What : BHP Orange Run
When : 12th April 2009
Where : Der Curve, Mutiara Damansara, PJ
Distance : 10.68km (YS Lee GPS kok)
Time : 7.35am (late start)
Prizes : Top 15 sahaja

Men Open 10km :
---------------------
43'58 - Rozmi(power tu)
45'05 - Ben Swee, Pm50
45'50 - Ronnie See, Pm1

47'32 - Meyyappa Manickam, Pm58
47'40 - Khoo Yit Kiat, Pm28
48'50 - Kenny Tan, Pm27
49'10 - Bong Teck Yong
49'20 - Stanley Cheong, Pm53
50'55 - Zulhassan
51'54 - Victor Loh
54'26 - Frank Chong, Sub Pm6
55'56 - Zulazlan Shah, Pm43
56'08 - Lionel Lee

Kerana aku tak dapat pergi ke Pulau Kapas maka terpaksalah aku ke larian Bhp Oren. Tak banyak nak aku ceritakan tentang larian ni cuma aku masih lagi perlahan sedikit dari sebelum IM.

Kalau tak daftar tak dapat beg ni, itu je bezanya. Menang? Jauh pistol dari peluru. Mana Orennya....

Kali ni aku sampai awal, tidak seperti larian sebelum ni sampai nak buat apa pun tak sempat. Tiba di tapak semaian aku terus je buat larian anak-anak ayam untuk memanaskan badan yang sedang beku. Sambil tu sempatlah juga tegur menegur maner-maner member yang aku kenal, yang tak kenal tak bolehlah tegur kang orang kata aku giler pulak.

Tiba masanya aku pun cuba mencelah ke barisan hadapan untuk berjuang tapi sayang tak ada ruangan langsung. Walaupun diri ni tahu kalau berada di hadapan bukan boleh menang pun tapi sahaja je nak menyibuk dalam majlis ni.

Mulakan larian, aku terpaksa bersesak-sesak macam nak naik bas awan dan berlakulah sedikit body contact antara aku dan peserta lain. Selepas 200m barulah keadaan tenang semula. Dari mula larian aku cuma lari gitu-gitu... Tah macam maner tak berapa berminat pula nak melonjak kehadapan dan aku terperasaan juga ramai peserta lain lebih kurang macam aku gak. Lari gitu-gitu je. Rasanya sebab larian ni tak ada besi menjadi punca agaknya semua orang jadi macam ni.

Ramai giler dah macam pasar malam.

Selepas 2km, aku cucuk angin Farid macam biasa. Cuma kali ni tak cukup ahli sebab Naz tak ada. Dia pergi buat larian di Banting. Cucuk punya cucuk dalam 500m aku sayur Farid dan teruskan larian. Kemudian aku cucuk angin ZulAzlan pula. 100m aku cucuk angin dia, aku sayur dia pula. Aku tahu ZulAzlan bukan dalam kecegasan terbaik sebab minggu lepas dia naik gunung Nuang dan pastinya letih tak habis lagi. 2km sebelum tamat aku cuba kejar Midon tapi hajat tak sampai sebab member ni angin banyak dan dia turbo dari aku. Last 200m semua orang pecut tapi kesian kat aku sebab tak ada power dah nak turbo enjin disel ni.

Semasa larian kali ni, tali kasut aku 2 kali terjurai dan terburai. Maka terpaksa jugalah aku berhenti masuk pit untuk ikat semula. Aku mesti kena buat sesuatu dengan tali kasut Type A2 ni. Kasut lain tak ada pula buat hal macam ni.


Kelab jejaka jiwakacau@mengupat.

Acara larian ni best sebab aku rasa sejak aku masuk maner-maner acara sekali pun inilah kali pertama aku tengok begitu banyak gerai untuk makan-makan free. Macam-macam ada.....nasi lemak, kopi dan teh tarik, air iso tonik sampai 2 jenama, air spakling buah-buahan, cereal macam-macam jenis dan tah apa-apa lagi aku pun tak pasti(malas nak bergerak). Gerai Oren tak pula aku nampak.......patut kena ada baru tepat dengan tema acara ni. Salute buat semua pegawai polis dan pengajur kerana menjaga lalu lintas dengan baik. Mesti pun biasalah dalam ramai-ramai atas jalanraya tu ada gak 3-4 pemandu macam hampeh tak reti nak hormat kat kita semua pelari ni. Dia pikir dia punya cepat je, dia tak tahu pula yang kita ni nak cepat gak sebab nak pecah rekod dunia.

Macam biasa aku dan ahli-ahli tetap lepak mengupat setelah habis larian. Kali ni lagi hebat sebab ahli kabinet mengumpat makin ramai, hahahaha....... best giler, giler pun tak best. Tahniah buat semua member yang masuk acara ni dan acara ini juga sebagai bukti pada orang lain, kita masuk larian bukan semata-mata untuk kumpul besi sahaja tapi kalau ada syoklah sikit. Kalau ikut jadual aku yang ketat dan padat, ini adalah satu-satunya acara untuk diri ni pada bulan Aprilfool.

Pada member-member dan diri aku sendiri, marilah kita teruskan latihan. Berjuang untuk menewaskan diri sendiri dalam apa perkara sekali pun.

6 Mengumpat:

aku kaki LARI said...

aduh..sedih tak dpt join..huhu

Rozmi @ Amin said...

Pandai-pandai je hang tulis late start (7:35 pagi)...sebenarnya gun off pukul 7:31.19 pagi..tak caya??Tengok data split aku..tak nak try lari kat Tasik Bera ke??

zulhassan said...

huhuh... shah...orang power kena rehat banyak , dah ok baru masuk race semula.

ROZMI: aku tak pasti cepat ke lambat sebab aku copy je dari ronnie benda alah tu... :D. Tasik bera tak bolehlah ada banyak urusan, lagi pun larian luar negeri ni kos tinggi .

Fong said...

laki pun ngumpat??

zulhassan said...

fong: lagi power dari awek ... kalau tak percaya cuba join kami lain kali.

zulhassan said...

fong: lagi power dari awek ... kalau tak percaya cuba join kami lain kali.