
Turutan sejarah untuk acara ni:
2am: Baru nak tidur, lepak umah jiran borak-borak sampai lewat sebab dia ada buat makan-makan percuma jadi aku pun balun macam kerbau tak makan 2 minggu. Lepas tu gatal pula pergi tengok movie sebab tak boleh nak lelap mata.
6.25am: Bangun dari tidur dan panic sebab dah terliwat bangun. Sepatutnya aku ni bangun 5.30am tapi tah macam maner tangan aku ni dengan sengaja tekan jam tapi kepala tak mahu tinggalkan bantal wangi aku.
6.38am: Mula rempit memasuki lebuhraya utara selatan
640am: Sarapan kejap sambil merempit. Belasah Mini Snickers dan air kosong(pilihan tak banyak)
7.05am: Baru sampai tol Jalan Duta dan layan konar baring cecah telinga sambil pikir laluan terpantas nak ke Melawati.
7.28am: Dengan skill luar biasa aku pakir motor aku sambil salin baju depan orang yang lalu lalang(buat bodoh je). Panic sebab tengok member-member lain dah bersedia nak pecut laju.
7.30am: Borak dengan member-member(semasa race jadi musuh kejap) dan buat acara memanas badan dengan menyanyi lagu NEGARAKU.
Mula larian aku cuba cilok mencilok peserta lain tapi tah macam maner baru 200m tali kasut pula buat hal, maka terpaksa masuk Pit Stop kejap. Kemudian cuba kejar semula musuh-musuh tradisi aku Nazib, Farid dan semua oranglah disekeliling aku tu kira musuh.
Dalam 3km rasanya Nazib, aku dan Farid berganding tangan berlari macam belangkas tak boleh dipisahkan. Bila mula je mendaki dengan selembut bahasa Nazib mula masuk turbo sebab dah benci dengan 2 orang kat belakang dia dok cucuk angin. Aku cuba nak kejar tapi tak terdaya sebab turbo tertinggal pula, lupa nak pasang malam tadi. Laju sunguh enjin mamat ni. Apa boleh buat lepas Ironman aku ni lepak je, berlatih malas. Enjin pun dah nak berkarat dah ni.
Terlihat pula air terjun dan rasa macam nak berhenti minum sebab enjin dah panas ni tapi dengan yakinnya berharap kat depan adalah water station. Oooo yaaa tu dia water station bagus-bagus(dengan yakinnya) tapi bila dah dekat aaamaaakkkk..... gerai orang jual ikanlah pulak, ingatkan water station tadi. Adehh.. tensionnya aku.
Lupakan jelah air ....... Sebelum masuk bulatan sekali lagi aku terkezut.... wehhh lajunya Zulazlan. Apa dah jadi ni... aku ni lembap ke atau dia orang ni memang dah upgred dengan enjin baru. 3km dari penamat aku cucuk angin sorang Mat Salleh, aku potong dia, dia potong aku, dia sayur aku, aku sayur dia semula tah berapa belas kali kami berdua menbuat lagak ngeri potong memotong tu. Tiba pusingan kedua Mat Salleh tu pula buka turbo sebab dia dah tension dengan aku. Sama juga macam tapi aku tak boleh dah nak ikut sebab turbo aku terlupa pasang. Maka aku makan asap jelah.
Akhirnya sampai juga ke garaisan penamat dengan perasaan tak puas hati. Pertama aku memang tak puas hati dengan urusetia acara ni dari Jumaat lagi. Kedua tak puas hati dengan kemampuan aku untuk bersaingan. Larian aku lebih perlahan dari KL City Run walaupun kawasan larian kurang berbukit.
Walau macam maner pun acara selepas larian adalah yang sentiasa aku tunggukan. Acara mengupat beramai-ramai dengan member-member(habis lumba member). Dan terima kasih juga pada kawan-kawan baru yang dikenali kerana sudi menegur pelari cap ayam ni. Harap lain kali kita jumpa lagi kita sambung mengumpat ok.
Tapi kalau aku ni tak tegur janganlah kecik hati ya... sebab baru sekali dua jumpa aku ni tak berapa cam wajah korang. Lama-lama nanti aku camlah wajah korang tu dan korang pula naik menyampah nanti sebab dimana ada kamu disitu ada aku. Kalau masa berlumba lagilah aku tak nampak orang, jangan mare yaaa....
Yang jauh kita dekatkan
Yang dekat kita eratkan
Yang erat kita mesrakan biar sebati.
What : Melawati 10k Run 2009
When : 29th March 2009
Where : Taman Melawati, Kuala Lumpur
Distance : 9.85km (YS Lee GPS kok)
Time : 7.35am (late start)
Medal : For all finishers!
Men Open 10km :
---------------------
38'35 - Jasni Khairil (4th)
39'01 - Murali Nathan (6th)
41'40 - Naresh Kumar, Pm37 (8th)
42'59 - Ronnie See, Pm1 (10th)
43'33 - Chen Keat Hoong, Pm8
43'41 - Meyyappa Manickam, Pm58
45'20 - Kenny Tan, Pm27
45'23 - Stanley Cheong, Pm53
45'38 - Suresh, Pm47
46'25 - Zulazlan Shah, Pm43 (25th)
47'35 - Nazib Ngainin, Pm14
48'34 - Zulhassan(slownya aku ni)
49'59 - Wong Kei Ming, Pm55
50'28 - Ahmad Farid
51'20 - Ryan Teoh, Pm17
51'38 - Wong Rambo
51'58 - Gunaselan Rajagopal, Pm39
52'05 - Thurai Sarasaidy
54'09 - Ghejanthran
57'48 - Kevin Chow, Pm32
Aku dah daftar untuk Xterra jadi pada yang berminat tu daftar dengan segera sebab hanya 800 peserta sahaja untuk acara ni. Lambat melepas. Dan aku turut berbangga sebab member aku adalah salah sorang yang jadi urusetia acara ni, jadi kalau aku tak puas hati nanti aku Fire dia je.....
4 Mengumpat:
Tahniah bro... belum cukup recovery lagi kut after ironman... syok lah baca race report ni.. banyak drama, bulih buat movie.. Well done!!
aku rasa bukan tak cukup tapi macam terlebih rehat sampai badan pun naik malas nak aktif.
wei, laju aa time tu..
maner ada laju....bagi jantan kira slow tu.
Post a Comment