Sebelum itu kita ke cerita tempatan dahulu.
Sabtu 15hb Mei - Zulhassan serta seluruh kaum kerabat dan saudara maranya telah pun membuat kenduri kecil-kecilan Tahlil dan juga doa selamat. Tahlil adalah untuk roh-roh semua saudara mara terdekat dan terutamanya untuk arwah bapa mertua dan juga neneknya.
Doa selamat pula bertujuan bagi mendoakan agar isteri dan juga ibu mertua beliau agar selamat pergi dan pulang bagi mengerjakan umrah. Mereka akan berangkat ke tanah suci pada 22 Mei ini dan dijangka pulang pada 4 June nanti.
Dan atas sebab tersebut Zulhassan kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan dan teramat kurang masa untuk berletih-letihan seperti biasa. Namun begitu dengan semangat kesukanan beliau akan tetap pergi ke Xterra di Teluk Cempedak pada 6 dan 7 Jun ini jika tidak ada sebarang perkara melintang patah. Dan bersama-samlah kita berdoa agar semuanya berjalan lancar.
"Ya Allah s.w.t engkau peliharakanlah perjalanan mereka dan engkau terimalah ibadat mereka kepada mu"
Amin.
Dan beliau juga meminta maaf kerana tak menjemput member-member sebab kenduri kecil-kecilan sahaja. Tunggulah bila ada kenduri kahwin nanti, pasti akan dijemput.(Adiknya 2 orang bukan dia yang berkahwin)
Antrabangsa
Selsema babi atau H1N1 yang kini melanda dunia bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla............
Kita terus ke sketsa sukan minggu ini
Nb 15km kali ini semakin padat dan sendat dengan penyertaan peserta-peserta dari dalam dan luar negara. Peserta-peserta dari pusat ternakan ayam hutan dan serama juga hadir kali ini.
Beberapa peserta tegar juga dilihat ada yang melakukan lumba haram kali ini bagi melepaskan ketagihan yang teramat kuat. Pada permulaan larian semua peserta dilihat seolah-olah merangkak-rangkak sahaja kerana kesesakan untuk keluar dari kandang ternakan. Salah seorang peserta dipetik berkata beliau mengambil masa 1 minit 25 saat hanya untuk tiba ke kapet istimewa berwarna merah yang dijual bangla. Kapet tersebut akan mengeluarkan bunyi bila peserta-peserta lalu diatasnya sebagai tanda bermulanya masa. Namun begitu keadaan lalulintas masih teramat sesak untuk berlari walaupun selepas 5 minit meninggalkan kandang ternakan.

Dan seperti biasa Kelab Pacesetter cukup gemar menyiksa kesemua peserta dengan sengaja meyuruh mereka berlari sambil mendaki bukit-bukau. Terdapat juga adegan-adegan ngeri dan berbahaya dilakukan oleh para perserta larian kali ini. Sehingga ada salah seorang peserta dari Rawang berlari 55% dari keseluruhan masanya dengan berada pada atau melebihi had laju yang dibenarkan iaitu 192 deyutan jantung seminit hingga ke impak maksimum 198.
Ada juga salah seorang peserta pelari Chap Ayam dengan tidak sengaja telah berlari dengan salah seorang Otai yang sedang berlatih larian 21km hingga kesudahnya beliau tak sedar langsung yang dia sedang berlari dengan Encik Rozmi sebenarnya. Maka dengan ini perserta tersebut meminta kami menyiarkan permohonan maaf secara terbuka beliau kepada En.Rozmi disini. Beliau memang langsung tak sedar yang berlari seiringan itu adalah EN.Rozmi Power kerana sedang berlari dalam keadaan separuh sedar. Ini adalah biasa kerana peserta Chap Ayam itu juga pernah berlari dalam keadaan separuh koma, separuh bogel belum pernah dicuba lagi.
Digarisan penamat seorang perserta bernombor A653 berjaya menamatkan larian dengan masa 1jam 16minit 33saat. Walaupun masa itu adalah terpantas bagi beliau untuk acara 15km tapi kerana tidak menjaga makan pada sehari sebelumnya membuat beliau kurang berpuas hati dengan larian. Namun beliau tetap bersyukur. Beliau juga menasihat kepada peserta lain janganlah makan daging rendang banyak dan banyak dan banyak jika boleh sehari atau lebih sebelum sebarang acara sukan walaupun untuk acara konda kondi atau galah panjang.
Pegurusan acara kali ini boleh dikatakan hampir ke taraf lima bintang. Makanan cukup, air pun cukup ketika berlari dan buah tembikai makan sampai khayal, tanpa had. Dan selepas larian tamat kali ini kelihatan begitu ramai peserta mengambil gambar bersama rakan-rakan seperjuan hingga terpaksa mengambil nombor giliran untuk bergambar di hadapan plak peringatan NB 15Km sebagai kenang-kenangan.
Berikut adalah keputusan terkini setakat ini yang diragut dari blog Ronnie dan akan diragut lagi bila dah dapat semua keputusannya. Cuma masih tak pasti masa dari jam atau chip yang mereka utamakan. Keputusan rasmi kenalah tunggu dari Pacesetter sendiri.
Sekian dari Penerbit Racangan Majalah Giler minggu ini.
What : Pacesetters New Balance 15km Run
When : 17th May 2009
Where : Tapak A, Lake Garden, Kuala Lumpur
Distance : 15.11km (according to YS Lee gps kok)
Time : 7am
Medal : Finisher Medal
Men Open :
0'00.00 - Richard Habeya, Pm26
1'11'24 - Kenny Tan, Pm27
1'11.31 - Bong Teck Yong
1'14.10 - Meyappan, Pm58
1'14.XX - Suresh, Pm47
1'13'07 - Zulazlan Shah, Pm43
1'16'33 - ZulHassan(jam tangan time)
1'16.34 - Ronnie See, Pm1 (chip time)
1'18'02 - Stanley Cheong, Pm53
1'20.22 - Tan Boon Seng, Pm16
1'20.34 - Ghejanthran
1'28.58 - William Tan
1'29.13 - Frank Chong, Sub Pm6
1'30.31 - Kevin Chow, Pm32
1'37.54 - Lai Fong Sang, Pm38
1'50.50 - Wong Kei Ming, Pm55
0'00.00 - Ben Swee, Pm50
0'00.00 - Ryan Teoh, Pm17
0'00.00 - John Tan, Pm30
0'00.00 - Andrew Chan, Pm59
Men Veteran :
1'07.32 - Daniel Tan (10th)
1'10.13 - Vincent Wong, Pm10
1'14.50 - Tay Poh Chye
1'22.54 - Loke Shu Sun
1'25'54 - Lee Yee Sum
1'23.XX - Mohd Yaziz, Pm7
0'00.00 - Hannah Loh, Pm29
0'00.00 - Kelvin Ng, Pm2



7 Mengumpat:
Hahhah, macam komik gila-gila, I baca semasa masa kanak-kanak dulu. Good running, Zul!
congratz.. gud timing there.. mmg gila gak run alongside w pacer dasat tu..
kev:i still too slow berbanding dengan u!
Fong:tak sengaja tu tercucuk angin Rozmi.
Sedara IM Zulhassan pelari laju..
well done. nice race report ala2 majalah hiburan sukan...
keep it up!
Nik: laju apenya, berpuluh org lebih laju ada kat depan aku.
U macam belum all out lah..bro !
keep it up..still ada byk potential.
22
tey: i akan cuba untuk perah habis-habisan setiap kali i race. Cuma masa utk berlatih sahaja kebelakangan ini terhad.
Post a Comment