CMAMAT ENTERTAINMENT & CLOWN SERVICES

CMAMAT ENTERTAINMENT & CLOWN SERVICES
016-2343017 / 012-3542961

VIP TERHORMAT

28.6.09

Aku berangin satu badan ni...

Pertama aku nak berterima kasihlah pada semua kawan2 yang tegur aku semasa lari. Walaupun ada yang baru kali pertama berjumpa tapi dah best borak-borak dengan korang semua. Dan kedua aku nak minta maaf juga pada semua kawan-kawan yang ada semasa digarisan penamat, kat Stupe ,Kam, Ahamad Farid dan semua-semualah. Aku masa tu tension sebab pengajur tu nak suruh orang koma kot tak ada air. Somebody mesti buat bising, kalau tak dia faham. Aku tak ada hal dia ISA muka aku ke, janji aku lepaskan geram aku. Semasa jalan tu dok dengar perserta lain mengupat tak puas hati, cerita belakang-belakang tak mainlah. Semasa GE30km hari tu pun aku siap jumpa tak silap aku penaung Pacesetter kot? Sebab air terakhir dah lebih 6km. 10K aku bising sikit je tapi kalau lebih 21km ....... #^#&&$#@

Lepas 30km span station air habis tinggal span je kemudian kat kawasan yang berbukit tu air habis lagi. Adeh.. malu aku pada peserta luar semasa kat situ macam aku pula yang buat event tu. Yang dia orang pun satu pergi guna air mineral untuk Span kenapa? gunalah air dari lori air DBKL tu ke!!! Air dah habis kenapa tak ada orang hantar. Semasa Ironman jangan kata lori bawa air ,lori ais kiub pun berlegar refill sampai peserta boleh mandi dengan ais kiub tu.

Semasa di double hill aku jumpa air 100 plus dengan mineral(bebudak sukarela tu tertinggal kot) aku balun je tapi bila aku tengok orang belakang(Mat Salleh, Mek Salleh, Singapore dan tah sape lagi) ,nak tak nak aku bagi juga. 2 botol tu siap boleh share aku rasa lebih 8 orang. Bukan nak kata aku baik tapi dia orang mesti berperasaan macam aku juga..... TEENNNSSION. Dia punya happy macam dia tu di Gurun Sahara. Aku dah krem dan ramai lagi tapi nak telan Gel sahaja lagi kerja giler.

Lain kali aku tak nak masuk Marathon lagi sebab aku dah tension tahap 10 ni!!!!!Aku nak masuk ultra 84km pula, baru padan muka aku.

Salute kat Ahmad Farid buat dalam masa 12jam. Tahniah buat semua yang buat masa dengan baik sekali.

10km - 55minit
21km - hampir 2jam
30km - 3jam 3minit
lepas tu aku jalan dan lari sebab aku nak krem ,dari 33km tak lari dah sampai sudah. Siap lepak Area Lorong Haji Taib tengok-tengok aaahheemm-aahheeemmm.

Total masa dibazirkan 5jam +40minit kot. Pengajaran dari acara ni -->lain kali aku kena lari laju supaya air tak habis.

Ppoooraahhhh.....

18 Mengumpat:

Sharafi said...

sabar bro....aku pun tak puas hati gak penganjuran event ni...sponsor punya la banyak tp air tak sedia byk2,mmg hampeh...benda yang senang pun bleh terlepas pandang. runners paling menyampah kalau air tak ckup.

Yusri Yusoff said...

diorang ni nak meniaga ka hapa nih... kalu nak meniaga pun jangan la sampai nak bunuh kerabat....

sib baik aku tak fit nak lari 42km hehee....

Odinary said...

Bro yang 10km camner ada air ker takder?

anakpanyu said...

ni gerenti penganjur yang cari keuntungan saja ni. gerenti takde experience buat kerja ni.

yeaaaa...tahun depan kita semua ikut ultraman 84

OP Kam said...

Aku tgk ada pakcik sorang ni fucked the guys yg manning water station sbb air takde. Aku ingat nak join jgk, tapi dah pancit tahap gaban tak larat nak jerit2. Kalau ko tgk facebook KLIM pun, melambak2 org komplen. Tak larat aku nak baca.

Rozmi @ Amin said...

Aku pun tak puas hati pasal tak capai target 3:15 huhu..boleh maintain pace sampai 28 Km je..korang perasan tak masa lari tadi takde pacer yg pakai belon...macam yg diwarwarkan dlm buku program..pacer aku pun sampai 25 Km je boleh tarik, lepas tu putus pancit terus..

zulhassan said...

Nasib baiklah korang pun macam aku gak kalau tak aku sendiri akan kata aku ni giler sebab bising sorang.

hahahh....

Mula-mula aku ingat nak marah gak kat bebudak kat tempat air tu tapi bila pikir bukan salah dia orang jadi aku sabar jelah. Malah aku tengok dia orang cuba gak isi dari saki baki air dalam botol tu sikit2 sebelum buang botol2 tu.

Air ada banyak tapi letak kat Dataran buat apa!!!!

Saiful Kodi said...

depa nak save budget, nak layan kerabat kat atas stage, nak bayar musician lagi, ning baizuraqq lagi. nak layan depa2 ni x kan nak bagi air mineral saja kot. musti bagi air mahai2.hehe

CheRaMicHe said...

bro, pity to hear bout marathon runners tak dapat air yg cukup (rasa bersalah sket disitu) sbb we, the 10k runners rasenya yang menghabiskan air korang.

Kitaorg start @ 7am, sampai 3 kali minum air along the way (sah2 sume WS berenti minum) so mungkin itu sebab tak cukup air utk korang. Mungkin penganjur lah kena bijak atur next time kot? cian tengok those runners yang dah kat belakang tu, confirm xde air. Air banyak, seriouslah, tp for 10k runners pun bagi sponge nak buat ape :P

Jgn marah ek pada kami yg lari 10k.. ampunn.. :)

yipwt said...

hi zul,

Glad to see u on the run...Yea..masalah air ni..susah.

ada yang lari 30km...takde air...masa tu paling susah..

The Corporate Athlete said...

jom masuk ultra jer lah ..... kita boycott full marathon ...! at least kalau pengsan pun, puashati!
:)

Abu Soffian said...

naik ambulan lagi best

zulhassan said...

CheRaMicHe: yang salah pihak pengurusan bukan pelari 10k ke 5k ke...

yip congrat to u sebab lari bawah 4 jam

TCA aku setuju sangat

Abu belum teringin nak cuba lagi hahahah.......

fyrul said...

ko tak berseorangan bro...
aku start 30km dah rasa2 nak krem dah, namun ku tahan jebat!!!
naik bukit jer mmg aku tak lari, takut kaki krem...
botol2 air mineral yg masih tinggal sikit air yg terjatuh tepi2 water station tu pon aku bleh kaut minum.. darurat bro.. drp mati dehydrated..
dah nak sampai garisan penamat terus krem kaki aku, dah tak tahan lagi.. jatuh depan org ramai plak tu.. sib baik pakai sunglass, bleh cover muka.. hahaahha..

hampeh lah KL marathon kali ni!!!

kucing kuku hitam said...

nyway congrats sumer!!! korg sume memang power rangers!!!!!

ahmad fathi said...

sabar bro...

nasib baik aku tak jadi ikut..kalau tak, mesti join kau naik mengamuk kat organiser...

but Well Done bro!!! Congrats..

haza said...

Saya bising kat volunteers kat 22.5km, giler geram tengok mamat DBKL dah sibuk menyapu cawan2 kertas atas jalan, tapi lepas tu kesian lak bila ingat muka dorang terkebil-kebil tatau nak jawab apa.

Saya pon nak join cakap....POORAAAH!

zulhassan said...

fyrul: waa salute luu.. lari samapi tergolek.

kucing: semua pelari memang macm power rangers sebab lari tanpa air...giler

Ahmad: kalau orang luar Malaysia bising lagi power dari aku yang local ni.

Makcik memang power sebab berani sound kat budak2 air tu heheh.. salute spring dunlop.

Rasanya tahun depan orang yang nak jadi sukarelawan jaga air pun tak ada kot sebab takut kena maki lagi.