Kemudian aku pergi Hyatt kononnya nak daftar tapi tak ada pula. Dah dekat kul 6.30pm baruaaaaaa..... aku tahu yang dia orang dah tukar ke Vistana pula. Nasib baik ada member bagi aku tahu kalau tak sampai keraslah aku kat situ.
Lain kali tolong jangan tukar tempat last-last kopek ni. Nasib baik tukar tempat daftar sahaja bukan tukar tempat race.
- Pergi Vistana hampir pukul 7pm semangat ni nak daftar tapi dah tutup pula. Tulis kat Web kalau tak salah aku buka sampai kul 8pm tapi ni belum 7pm dah tak ada orang.
Sebab mood dah tak best maka aku jalan-jalan kat bandar Kuantan tu cari makan. Bila aku balik je ke bilik kononya nak rehat terkezut aku sebab rupanya sebelah bilik aku adalah Pub tempat karok, adehh pening kepala aku kejap tapi selepas 2 jam aku pun naik syok pula dengar lagu-lagu tu sampailah kul 1am barulah sunyi sepi semula.
Sabtu pagi pukul 8am aku dah pun bangun walaupun tidur lewat sebab nak test kali ke-2 berenang. Adalah 2-3 orang gak kat tengah tu. Baru je tak sampai 50 meter dari pantai aku dah mula rasa gatal-gatal dan dengan pantasnya aku bla sebab aku tahu mesti ada gelifish dan lintah laut.
Lepas geli-geli kat laut, baruaaaa aku pergi ke Vistana semula(jauh tu kalau jalan kaki mahu gak 30 minit) untuk daftar. Elok aku daftar je, datang lak member aku ajak turun 2nd round lak. Walaupun aku macam malas tapi sebab nak bagi dia racun tikus agar dia masuk race, aku bedal sekali lagi renang sampai kul 11.30am.
Member aku inilah(Asri) yang dah daftar sebab nak baju tapi malas nak race dan MTB pun tak bawa. Maka aku terus racun dia sampai dia koma terkena racun aku dan akhirnya pukul 8pm dia fon aku sebab dia dah sampai semula ke Teluk Cempedak setelah balik ke KL ambil MTB. Bagus-bagus.
Petang aku dan member2 pergi sekali lagi ke Vistana(untuk aku ni kali ke-3) untuk dengar ceramah perdana.

- Kononnya kul 5pm tapi kul 5.40pm kot baruaaaa nak mula. Hallo kawan tolonglah jangan bagi besar kemaluan, lain kali masa mesti ikut time. Kalau kata pukul 5pm, 5 subuh korang mesti dah bersedia jangan macam ni GENG!!! .
Habis makan balik sebab semua perut dah kenyang giler. Walaupun niat nak pergi skodeng tapi mood tak ada. Aku masuk je bilik sama gak macam semalam. Layan lagu karok sampai aku terkoma sendiri. Pukul 3am pun masih ada orang memanggil hujan. Dengan harapan yang tinggi juga aku harap sangat semasa race nanti hujan turunlah lebat-lebat.

Subuh pukul 4am aku dah tak leh nak tidur walaupun dah tiada lagi orang memanggil hujan. Bangun makan lagi bagus dan siap-siap. Pukul 6.15am keluar dari reban ayam tu dan biarkan adik aku tidur. Pelik betul dari hari pertama dia tidur macam tak ada apa-apa bunyi-bunyian, sebaliknya dia berdengkur lebih kuat dari suara orang sebelah berkarok.
Renang
Macam aku kata sebelum ni renang tak ada banyak bezanya. Cuma kali ni aku dengan berahinya cuba untuk menyemakkan keadaan dengan cuba juga untuk berenang sebaik berbunyi sahaja HON. Nasib agak baik kali ni sebab aku tak di tendang atau aku menendang sesiapa dengan tak sengaja.
Tak sampai 5 minit aku berenang , nahhhh..... 3 das aku kena tangan kanan, leher belah kanan macam love bite dan kaki aku sebelah kanan juga. Dengan lain kata aku rasa macam terbakar je kat tiga tempat tu dan aku pasti juga gelifish tu pula pening sebab kena rempuh dengan aku.
Aku bukanlah spesis yang alah dengan sengat-sengat ni tapi terasa jugalah panasnya. Dengar kata ada juga yang kena papah sebab dah bengkak-bengkak satu badan. Masuk pusingan ke 2 Line dah clear tak ada lagi aku terkena gelifish. Cuma pada pusingan ke dua Yip sayur aku semasa berenang. Betul-betul lajulah di sayur. Draf tak sampai seminit je lepas tu dah tak nampak dah.
Naik ke pantai aku dengan orang jerit gelifish...gelifish here!!! Apa lagi sapulah krim di 3 bahagian yang terkena tu bagi gebu semula kulit.
Masuk kawasan bike aku santai.... lihat video atas tu. Dan tahniah pada Stupe yang memeriahkan suasana semasa perlumbaan berlangsung.
Kayuh
Aku lemau part kayuh ni, tu yang pasti. Aku cucuk angin dari mula lagi semasa di atas jalanraya tapi bila masuk je offroad aku pun ..... berhati-hati dijalan hutan. Aku kayuh slow giler hinggakan tah berapa puluh orang sayur tak tahulah. Terutama bagi yang mereka buat RELAY memang laju bangat. Maklumlah pakar semuanya.
Tiba-tiba hujan mula turun...yess aku suka hujan, lagi lebat lagi bagus. Tah kenapa bila hujan turun aku macam naik minyak pula. Aku mula belasah kayuh. Tak tahulah berapa banyak tanah yang dah masuk dalam mulut aku ni, rasanya tahi lembu pun ada kot ....... ammmmakk. Bila lalu di kawasan reban, air dari reban tu pula masuk dalam mulut ...aammmaakk. Mana yang terdaya aku cuba buang keluar.... mana yang tidak aaammmaaakk.
Ada bahagian terpaksa juga turun tolak beskal sebab terlalu licin. Tayar pula dah macam pembajak sawah padi. Tiba di water station ke 2 aku terus je mintak air banyak-banyak, bukan nak minum tapi nak jirus rantai aku yang dah mula tak boleh nak tukar gear. Lama jugalah aku keras je tak boleh nak tukar gear, namun aku bersyukur sebab tayar tak pancit. Kalau pancit lagi tension nak tukar tiub dengan tayar yang dah macam.... macam donut(kata Fairul).
Habis offroad masuk semula ke jalan raya. Kesian pula aku tengok semua kenderaan terpaksa berhenti sebab nak bagi kami semua melintas melangkau pembahagi jalanraya utama, lebih 2 km kot. Masuk kawasan kampung aku layan bebudak kampung yang lepak didepan umah dia orang. Nak aku baling botol air sayanglah pula.
Kemudian kawasan pantai ....ammmmakk. Sekali lagi aku tension+best. Kayuh atas pasir ni tak retilah aku nak kata macam maner payahnya. Kejap aku kayuh kat rumput, lepas tu aku turun kat gigi air, lepas tu aku kayuh dalam air, lepas tu aku tension naik semula atas rumput, lepas tu aku tolak atas pasir, lepas aku turun semula di gigi air, lepas aku naik semula ke atas, lepas tu aku ..... aku jerit sebab beskal aku berat gila kerana kuih donut(tayar aku) dah bersalut dengan gula halus(pasir), lepas tu aku masuk air semula macam tulah aku macam orang giler sejauh 2-3km atas pantai tu. Tiba di kawasan berbatu kena turun pula lebih 10 kaki. Ikut hati nak aku campak je beskal ni tapi nasib baik ada sorang amoi sedang turun dengan sopan santunnya(TENSION TUNGGU ).
Habis kawasan pantai naik bukit semula dan bila turun ... aaammaakkk pasir pantai lagi!! Nasib baiklah sikit je kali ni. Kemudian aku terlihat sepasang kekasih sedang bermadu asmaradana kat satu tempat tu. Maka dengan sepontan aku pun sengaja speed depan dia orang sambil deering tak puas hati...... aku sedang penat separuh giler, nafas pun dah macam kambing ini korang masih buat tak nampak aku ke.... mangkok tandas betul remaja zaman sekarang ni.
Naik titi aku dah dengar kuat sangat suara MC(Stupe kot). Leganya dah terlepas dari azab kayuh MTB ni.
Lari
Kali ni sampai je aku terus gantung beskat, tukar kasut dan blaaa... tak lepak lelama macam tadi. Nak mula je lari kaki macam berat sangat. Maka aku cucuk angin sorang awek dari Belgium kot(kot-kot je ni). Dia buat relay, malu betullah cucuk angin awek. Aku cuba nak blaa dari awek tu tapi tak mahu pula, bila potong je lemah satu badan aku, bila cuba speed je nak sayur dia, aku rasa macam ada megnet pula. Apa boleh buat ikut jelah, pinggang aku pun dah mula berdenyut ni. Loop pertama macam Kubota je aku.
Loop ke 2 ada lencongan sikit. Semua pelari mesti melintas sungai(sungai ke longkang) dan panjat laluan berhalang. Kemudian ulang semula laluan yang sama ke dalam zoo semula. Bukit lepas zoo tu betul-betul buat aku terbakar nak daki semasa loop pertama. Loop kedua jadi macam pelik pula sebab aku boleh speed sikit dan bila turun aku terus speed lagi macam aku ni buat speedwork pula. Bila tiba di pantai semula aku lari lagi giler sampailah ke penamat aku jerit tah apa yang aku jerit aku pun tak pasti. Gilerrr...
Mukadimah
Ok race dah habis aku berjaya tamatkan. Tapi aku tak sangka la pula masih ada cabaran yang menanti......... Macam maner aku nak bersihkan beskal aku yang tercemar giler ni. Dan badan aku ni pun dah ada macam-macam bau ni.......
Adeeehh letihlah... tak ada tempat nak mandi pula dan bersihkan beskal. Harap lain kali pihak pengajur ni sediakanlah tempat perserta nak mandi ke kalau boleh.
Kalau nak best lagi panggillah bomba ke sebijik atau JBA untuk tembak kami dengan air untuk bersihkan badan yang dah bau tungkik ni. Tahun depannn ..... malehlah aku nak pikir, tiba masanya nanti barulah aku buat keputusan nak pergi lagi atau tak.
Salute pada semua yang berani memcuba.......... aku, buat meramaikan majlis bolehlah.

Race ni memang best ,
best giler,
giler pun tak best!!!
best giler,
giler pun tak best!!!
KL Marathon aaammmaakkk, boleh giler gak tu.


10 Mengumpat:
cite kau mmg best .. ammmaaakkkk ..
tahniah sbb finish :)
Jadi GILERRR aku baca report ko..haha
hahahaah...
memang best baca cerita ko nih bro...
kelakar habis, tergelak aku dibuatnya
memang mencabar betul...
kalu aku masuk agaknya mau cecah 5 jam...
siap ada nama aku tu... tayar donut.. hehehe
donut dah disalut ngan gula halus.. sodap tu.. hehehe..
apa2 hal pon, tahniah kpd ko krn berjaya habiskan, ok laa timing tu.. 1st time offroad tri.. takpe next time bleh improve.
tahniah juga pd penganjur.. walaupun byk glitch, not bad for 1st timer organizer...
jumpa nnti di KL marathon.. hehehe
forum perdana lambat pasal race director masih di laut nak sangkut sauh dgn aku beb...sorry for making this delay!
Hyatt tukar kat vistana memang silap kami...
memang inspirasi
aku sedang prepare for first tri aku (desaru)
lepas baca ko punye experience first off road tri telah membakar semangat aku untuk lebih giat berlatih.
tapi cuak gak sebab tak reti tukar tayar kalau pancit..
haha..redah aje
ko memang power!!!Nanti kira race lagi di Putrajaya.
Macam syiok aje, tapi aku tak berani cuba lah, offroad tri. Takut jatuh! Hahhah.
Tahniah, race yang memang bagus!
Nak order gelifish se!!!
h:amp: cerita je best .. race hampeh :D
abu: lama ko senyap je bertapa ke?
fairul: kl marath ...gulp seram.
stupe: sikit2 biasalah tu minor je.
itik: pertama race dulu.. pancit pikir kemudian... good luck desaru nanti.
Din: putrajaya ni aku masih 50-50 tapi harap jadilah sebab best race kalau ko ada :P
Kev: u sure boleh buat 3jam kalau masuk. Race tu memang best tapi aku je yang belum best lagi, masih macam kura-kura.
Fong: jangan mintak nanti dia tunggu ko masa swim nanti hehehe... kompom geli punya kalau kena.
Post a Comment