CMAMAT ENTERTAINMENT & CLOWN SERVICES

CMAMAT ENTERTAINMENT & CLOWN SERVICES
016-2343017 / 012-3542961

VIP TERHORMAT

19.7.09

Siemens 10k Run 09

Jumaat


Kononnya nak pergi ke Dataran Merdeka ambil nombor larian tapi tah macam maner ada binatang tabur screw atas lebuhraya. Celaka punya binatang. Kalau nak cari makan pun janganlah sampai menyusahkan orang yang susah macam aku ni.


Maka cubalah pum angin semula tapi tak boleh pula sebab tayar tanpa tiup motor dah kembang semangkok. Sampai R&R jejantas datanglah binatang konon-konon buat macam tak tahu nak berniaga tukar tiup. Bila aku tak layan dia bising-bising pula. Suka akulah, aku nak naik juga motor aku bocor-bocor tu yang dia kecoh menyumpah apasal. Kompom binatang nilah yang buang screw atau paku kat atas jalan. Porahhh… bangsat punya binatang.



Jadi aku batal niat nak Dataran dan terus pergi kerja je. Sampai sekarang aku masih cam muka binatang tu, ada dua orang. Dia orang geng. Jadi hujung bulan ni aku nak beli semua peralatan dan kelengkapan untuk tukar tiup sama seperti kalau aku berbasikal. Kalau aku nampak orang lain pancit boleh gak aku tolong dengan ambil harga biasa macam kedai. Kalau dengan binatang-binatang tu mahu sampai $25 dia orang ketuk orang susah macam aku ni. (Lari tajuk ni)


Sabtu


10am tepat aku ada di Dataran Merdeka ambil nombor. Keadaan tenang dan tiada rusuhan atau tunjuk perasaan seperti mana SCKLIM tempoh hari. Lega dah selesai cepat dan pantas.


Ahad

1.45am tidur, 5.15am bangun dan kepala lalat. Layan kopi KOW 2 gelas tanpa sebarang sarapan( 2 kali pening lalat) dan 6.05am keluar umah.


7.19am sampai Dataran Merdeka mengelupur sebab orang ramai dah pun masuk kandang. Masuk dalam kandang cilok punya cilok aku nampak Naz dan terus lepak dengan dia.


7.30am tepat larian bermula. Disebabkan aku berada jauh dibelakang maka larian aku pun macam kura-kura je. Nak blaa laju tak boleh, nak celah tak boleh, nak cilok tak boleh, nak terbang, hajat tak sampai, jadi bersesak-sesaklah macam nak naik bas mini zaman muda-muda dulu. 15 saat baru nak sampai gerbang permulaan larian.



Setelah keluar dari kawasan kandang aku pun mulalah nak rempit. Maklumlah dah lebih 500 perserta depan aku ni. Baru 50 meter aku rempit, aku terpaksa brek mengejut. Alamak kunci kapcai aku jatuh pula. Masuk gear gostan, nasib baik tak kena sondol dengan orang lain yang sedang merempit juga, kalau tak kemalangan ngeri pasti berlaku dan aku yakin akan jadi Kepala Berita(Headline News) pukul 8 malam Ahad.


Setelah selamat dari hampir terkoma dirempuh, aku pun teruskan perjuangan. Naz dah jauh ke depan. Aku terpaksa mencelah sampai ada ketikanya aku terpaksa berlari macam ketam kerana laluan terlalu padat dan sendat. Tq pada Tey sebab masih meneruskan perjuangan dengan mengambil gambar-gambar kami yang berlari ni.


2km aku nampak Choi dan sayur dia tapi lepas tu tah bila-bila aku tak perasaan dia dah sayur aku semula.(terbang ka?). 3km Aku sayur Naz dan Midon pula sayur aku. Pelik betul dia lari main-main je, siap ajak aku borak. Minta maaf tak leh nak layan. Bukan sengaja tapi kerana nafas aku macam kambing nak bersuara pun tak lalu. Kalau berhenti atau perlahankan pernafasan pasti aku akan sempot punya. Tak sampai 30 saat bayang Midon pun dah tak nampak.


5km terpaksa brek kecemasan sekali lagi, tali kasut aku ni masih manja. Aku sedang berlari dia pun sibuk nak belai-belai kaki aku ni. Masa ni Naz sayur aku semula dan berpuluh-puluh perserta lain. Sekarang ni aku mula terasa yang perserta semuanya laju-laju belaka. Bukan macam mula-mula aku berlari dulu. Besi ditawarkan 100 untuk lelaki terbuka tapi 49 minit keatas janganlah harap nak dapat bawa pulang besi. Kalau dapat pun kira macam telur diatas tanduk.


Dari 5 km ni aku cucuk angin amoi sorang tu, memang power. Ala amoi tu…makwe orang tu… yang power tu. Aku ikut je rentak dia. Cuba nak bla tapi tak boleh. Buka turbo je lepas 20 saat amoi tu sayur aku semula. Rasanya ada 4 kali aksi ngeri potong memotong ni berlaku.


Sebab aku pun dah tahu nak berlumba dengan lelaki pasti tak terdaya, jadi dengan tak malunya aku berlumba dengan amoi tu je. Adeh …. Tahap ni jelah kemampuan aku. Kalaulah aku menyamar dan masuk kategori wanita terbuka pun, aku masih tak boleh menang nombor satu gak. Kenapalah dengan aku ni ???? Sempot tak memasal.


Dua orang paling Power. Shah dan Uncle bawah 40 minit. Ayam baju kuning tu sape?


Sampai Sogo aku lihat sebelah jalan macam tak ramai lagi peserta buat U-TURN tapi tah macam maner depan aku tak sampai 200 meter ada satu kumpulan besar sedang cuba sedaya upaya nak dapatkan besi. Aku…. masih dengan amoi tu buat lagak ngeri(ngeri tak pa, jangan lucah sudah).


Selepas U-TURN aku mula naik minyak(lintah) dan buka twin turbo serta lari seberapa laju yang boleh(pada aku lajulah ni). Mana tak naik minyak, kepala aku tiba-tiba high-high dengar semua peralatan yang dimainkan ditepi jalan tu. Syabas pada pengajur, tahun lepas pun aku enjoy giler semasa last 1.5km ni. SCKLIM patut buat macam ni atau lebih meriah lagi, baru WORLD.



500m terakhir mata dah mula berpinau serta mula nampak lalat semula atas kepala tapi aku balun gak. TIBA-TIBA……………… ADEHHH… kaki ni sakit semula. Mestilah kaki aku marah sebab sebenarnya kecederaan 42km belum pun pulih sepenuhnya. Pedulilah..... balun gak 500m je lagi. 100 meter lagi aku tak nampak orang dah, yang aku nampak……MILOOO. Hausnya, cepat-cepat.



Waaaa gua puas hati , bukannya dapat pecah record peribody pun tapi aku puas hati sebab happy giler dapat lari sampai penamat bukannya berjalan macam ….. lupakanlah perkara dah berlalu jangan dikenang.


Member-member. Ramai masih aku tak tahu nama dan asal usul.


Nombor 78 untuk 48 minit 18 saat. Huuhuhu…. Lajunya dia orang ni semua. Malah jiran tempat aku parkir kapcai aku buat 46 minit ++ . “ Saya dah 3 bulan tak lari ni, ni pun saja suka-suka” tak berangin ke dengar. Tak berlatih, 3 bulan tak lari dan masuk suka-suka boleh buat 46 minit. Aku heran ni tau, heran gilerlah, orang giler berbogel pun aku tak heran. Ini lagi heran bin pelik bin ajaib.



Apa boleh buat ada orang memang dianugerahkan semula jadi boleh berlari dengan laju. Bukan laju je tapi laju giler. Aku syok sendiri dahlah, yang penting seronok.



Seronok mengumpat habis race … hehehhe.



Dan berkenalan dengan lebih ramai kawan baru. Baru bukan baruaa. Pada aku, masuk 1 acara dapat kenal 1 kawan baru pun dikira satu pencapaian. Kalau jumpa lain kali aku terlupa nama maaflah ya. Memory aku dah penuh, tu yang payah nak ingat.



Venue : Dataran Merdeka
Time : 7.30 am
Distance : 10km & 7km
Medal : First 100 finisher
Results CAR & Friends..!!

Men Open 10km
43'.09 - Mohd Fadzli Mohd Yusof (21st)
43'.27 - Hamidon Mat Aris (27th)
47'.03 - Azali Abdullah (57th)
47'.35 - Abdul Azri K.Peer Mohamed (66th)
47'.13 - Zuhari (60th)
47'.55 - Omar Khalif Tajaruddin (69th)
48'.18 - Zulkifle Hassan (78th)
48'.25 - Mohd Hailmi Masro (88th)
49'.12 - Nazib Ngainin (98th)
49'.45 - Hasrul Sham Saidi
50'.09 - Ghejanthran

Men Junior Veteran 10km
42'.40 - Alam Shah Ismail Ahmad @ Ayahanda (10th)$$$..Pakcik kayoo lagi...!!!

Women Open 10km
51'.45 - Haslinda Dollah (9th)$$$..Akak kayoo..!!


Data ragut dari Chap Ayam Blog


Aku dah buka MukaBuku Chap Ayam jadi sesiapa yang ada MukaBuku tu sudi-sudilah borak-borak dalam tu. Jemput semua kawan-kawan dan saudara mara serta semualah sesiapa yang korang kenal masuk dan lepak dalam tu. Bos korang pun korang ajak lepak dalam tu biar dia tahu yang kita ni bukannya buat benda tak elok.


Kita cuma syok sendiri je.



Panjangnya, menyampah lak korang nak baca.

CHAP AYAM RUNNERS GROUP | Facebook



2 Mengumpat:

kaki LARI said...

wahh3..BeSau gambo sy..huhu..malu plak...thanx upload gmbo ni...cepat2 angkat kasut training baru..hehe..jumpe next race!adios

zulhassan said...

apa nak malu... org power mesti di tonjolkan biar dikenali ramai :D