Ringkasan perlumbaan kali ini(ringkas ke ni?).
4a.m bangun dari tidur walaupun badan masih nak tdo lagi. Cuba tidur awal malam sebelumnya tapi sebab terlalu banyak perkara nak buat tak pasal-pasal dekat 12 gak baru nak tidur. Paling lama aku nak cari G string race aku @#$%%#$#$ , maklumlah lama dah tak race, lupa lak kat maner aku campak.
5am layan sarapan dalam kereta(belasah Mcd) sambil memecut ke PutraJaya.
6.15am sampai.

7am Segalanya siap. Nombor siap, beskal siap, topi kebun sayur siap, segalanya siap cuma aku rasa diri aku je yang masih belum bersiap sedia untuk perlumbaan ini.

7.30am dup dap dup dap...... nasib baik jumpa member-member biasa dan yang luar biasa, kuranglah sikit gemuruh tu. Member-member spesis mahluk asing pun ramai juga yang aku jumpa dan kenal.
7.50am mula lepak tepi jeti. Aku benci sebenarnya kalau permulaan renang didalam air ni sebab penat nak tunggu tapi apa boleh buat. Jadi mula turun dalam air bila pistol ditembak. Pelik pulak aku rasa bila dengar bunyi pistol tu kerana semasa Pro mula berenang mereka guna siren dari pembesar suara sahaja. Boleh jadi semasa Pro nak mula pistol tak sempat nak isi peluru kot.- Kelam kabut semacam je orang yang uruskan acara ni.
Tak pasti berapa masa aku untuk berenang tapi terdengar gaklah MC berkata semua perenang yang naik pada ketika itu bawah 1 jam. Semasa renang tersasar 2 kali(alasan) sebab terikut pelampung untuk perlumbaan kayak. Sebelum renang pun memang dah jangka perkara ini akan berlaku sebab aku adalah orang yang malas nak tengok kedepan banyak kali. Memang malas giler, kononnya nak lajulah tapi tak pasal-pasal lebih 50 meter tersasar dari pelampung sebenar. Setelah 2 kali tersasar terpaksalah aku buat 4 kuak sekali skodeng.
Masuk PIT aku relax je maleh nak terkejar-kejar dan Abu pun sayur aku semasa sedang relax-relax tu. Kepala lak pening lalat.

8am mula kayuh dengan kelajuan sepoi-sepoi bahasa sedangkan member-member level mahluk asing semua dah pecut laju.
Boleh kata aku puas hati dengan kayuhan walaupun tidak dapat buat purata atas 30km/j. Cuba nak ikut member-member yang level luar biasa tapi rasa nak termuntah lak. Kayuhan aku terlebih dalam 2-3km(alasan) rasanya sebab aku termasuk loop kecil 2 kali. Laluan berbasikal amat mengelirukan ramai peserta. Malah orang yang jaga simpang tu pun macam tak berapa faham keadaan yang sebenar.- Apahal kelam kabut semacam je orang yang uruskan acara ni.

Loop ke3 kalau tak silap aku ada sorang peserta terjatuh agak parah. Pada mula ingatkan dia kena langgar tapi rupanya tidak, dia jatuh sendiri kot. Pada loop terakhir angin pun dah mula kuat semacam(alasan), macam angin nak hujan tapi panas. Boleh kata semua peserta bernasib baik pada hari tu kerana cuaca cuma suam-suam kuku sahaja. Kalau betul-betul punya panas kompom rasanya akan ada peserta yang pengsan. Bukan ke PutraJaya tu tempat paling panas dalam Malaysia ni. Malah keadaan yang paling panas suhu boleh melebihi 39 Celsius(ada keluar berita tempoh hari).

11.58am tepat aku tamatkan kayuhan. Sampai je, sama juga aku lepak-lepak tukar baju, minum, tukar kasut dan layan kepala sekali lagi. Aku tahu larian ni akan jadi larian paling huru hara dalam hidup aku. Sama macam maner larian SCKLIM tempoh hari. Cuma bezanya perjalanan kali ni, aku dalam keadaan happy go lucky. Tiada ada perasaan marah-marah atau tekanan seperti SCKLIM.
Perut pula dah mula senak-senak(alasan) rasa macam-macam ada(3 rasa pun ada). Latihan kurang, makan kuat(lemang 5 batang), tidur kurang, demam , semua ini akan menjadi 1 Adunan 1 Bencana(alasan terbesar kali ni).

Mula berlari aku cuba kontrol tahap kehenseman seberapa yang terdaya tapi bila mula masuk dalam kawasan parkir hotel(1st time dalam acara larian, lari kat dalam kawasan parkir kereta dan laluan Underground) aku mula berjalan. Berlari ditepi tasik memang menyeronokan dalam keadaan biasa tapi dalam keadaan tempoh hari, ianya satu penyeksaan. Kaki berat giler, dada ketat giler, perut senak giler, pinggang aku sakit giler, aku pula hampir-hampir nak jadi giler(alasan lagi).

Berjalan pun satu penyeksaan. Berlari sebab nak kontrol hensem. Ada satu ketika aku baring kejap atas kerusi sebab aku teringat kat Talib yang pernah baring gak kat kerusi disekitar tu semasa lumba jalan kaki 12 jam. 10 minit aku baring ada bro tu ambil gambar aku, apahal aku tak tahu. Boleh jadi dia nak tunjuk kat kawan-kawan dia tentang orang-orang giler yang berlari pada tengahari buta dan dia menjadi saksi kepada pelbagai jenis manusia pada hari tersebut.
Semasa U-turn aku sangka adalah dapat riben ke, ribon ke, apa ke, tapi haram. Apa benda pun tak ada. Pegawai pun tak ada !!!!! dengan lain kata, kalaulah ada peserta nak main kotor buat pusingan terencat akal(tak cukup km) pun tak ada siapa nak ambil tahu. Namun aku suspek dengan semua peserta sebab setahu aku tak ada sorang pun yang cuba pancung laluan tu.
- Apahal macam acuh tak acuh je penganjur kali ni.
Pada pusingan U yang terakhir tiba-tiba tah macam maner semua sakit aku hilang. Sendi-sendi sengal pun lenyap, sakit perut pun hilang dan macam-macam sakit lagi pun tetiba hilang dalam kamus aku. Apa lagi last 5km dapatlah berlari seperti biasa semula sebagai mana yang sepatutnya. Barulah terasa macam berlari kalau tak 15 km tu berjalan je kerjanya. Bebudak di water station memang best dan aku suspek dengan dia orang tu sebab bersungguh-sungguh layan kerenah para peserta terutama aku yang memang banyak mulut ni. Aku pun kesian gak dengan dia orang tu jadi sesekali borak-borak jap sambil lepak tu.
Masa untuk keseluruhan memang tak bagus langsung tapi yang bestnya pada aku macam biasa adalah lepak-lepak borak dnegan member-member dan bercerita kembali perkara yang baru kami semua lalui. 1001 jenis cerita ada dan 1001 macam alasan lak aku sediakan. Lepas segalanya selesai cubalah nak makan tapi tak lalu. Bukan sebab lauk tak sedap tapi sebab dah memang tak larat.

Qualiti baju pun hampeh. Bayar mahal tapi hancur. Kemudahan adalah yang terbaik tapi penganjur pula terlalu nak cari untung. Kalau macam ni aku rasa lebih baik kita semua pergi Desaru je lagi bagus. Tahniah pada semua kekawan yang berjaya tamatkan perjalanan kali ni. Aku ..... macam ni jelah, masuk sekadar untuk meramaikan majlis dan untuk suka-suka. Kalau pada sesuatu acara tu aku berjaya tamat dengan masa yang baik itu bagaikan satu bonus. Kalau penamatnya 1 Bencana pun tak kisah sebab tujuan utamanya adalah untuk bergembira sebelum, semasa dan selepas perlumbaan.
Jumaat ni aku turun Perhentian jalan-jalan makan angin dan kerana ini adalah kali pertama aku ke sana maka aku dah pun dah bersedia untuk 1 Bencana 1 Acara. Dan TQ pada semua juga member-member yang memberi sokongan Oral pada hari tu dan ada ketikanya terutama semasa kayuh aku tak pasti pun siapa yang memberi semangat untuk teruskan perjuangan. Maklumlah kepala aku dah kebas masa tu memang tak kenal orang dah.
Bendera ku di bakar..........

8 Mengumpat:
Bravo.. bravo...
Gaya catwalk tu mmg ada kelasss...
Syabas sekali lagi!
Kenapa tak lari dengan topi kebun sayur? Lagi gaya!
Well done. Takpe lah, organizer kelam kabut, race pun tak syiok kan?
nampak mcm organizer tak sungguh2 lah kan? ape pun tahniah habiskan race nih.. tabik spring!
wahhh.. tahniah dpt habis kan race ni...
tq atas souvenir2 yg ko kasi tu... susah2 jer.. hehehe
tp takpe, sbg balasan aku amik gambar ko byk2...
nik: catwalk itu akan jadi salah satu acara sampingan dalam masa hadapan.
kev:kalau panas 100% hari tu memang dah guna. Tu kira senjata rahsia aku.
che: dia org memang macam tak serius.
fairul: lain kali aku bawa beg lak hahahah.... baru puas hati.
caya la bro,wa nampak lu mase tengah kayuh,tak sempat nak panggil sebab wa dlm keta...keep it up bro...!!!
Farizal: kalau ko panggil pun belum tentu aku dengar. Maklumlah laju giler ...... macam kura-kura.
tahniah abg zul..kalo pkai topi kebun tu time cycling msti lagi aero..
Post a Comment