CMAMAT ENTERTAINMENT & CLOWN SERVICES

CMAMAT ENTERTAINMENT & CLOWN SERVICES
016-2343017 / 012-3542961

VIP TERHORMAT

13.10.09

PIC 09(Perhentian Island Challenge 2009)

Kaum kerabat melantak.

Setelah 2 kali aku tak jadi pergi akhirnya tahun ini aku berjaya juga menjejakan kaki ke Pulau Perhentian. Pada aku ini adalah acara yang unik kerana kami bukan sahaja perlu berlumba malah perlu berkhemah kalau nak jimatkan ringgit.

Secara ringkasnya untuk 3 hari 3 malam: 1 acara 1 bencana 1 gosip
  • Berkumpul di Matic Jalan Ampang untuk menaiki bas ke Jeti Kuala Besut
  • 11.30pm bertolak dan tiba di Jeti Kuala Besut dalam pukul 7am(ikut pilot lah tapi pilot bas aku memang POWER top speed dia)
  • Bayaran bagi segala-galanya(makan tanggung, berak cangkong/kalau nak berdiri tu korang punya hal) tapi aku masih bawa makanan yang banyak sebab aku memang kuat makan dan cepat lapaq.
  • Malam pertama tidur tepi pantai dengan beratapkan langit lebih best dari tidur dalam khemah.
  • Hari kedua perlumbaan bermula pukul 10am bagi Elite(11km + renang) dan 10.30am bagi Novice(6km)
  • Petang hari kedua kena bedal dengan ribut laut dan ada juga khemah yang terbang atau roboh atau terbalik atau dialihkan atau tak rupa khemah dah.
  • Pagi Ahad siap kemas-kemas dan bersihkan kawasan sekitar sebelum balik.
  • 11.30am bas bergerak pulang ke Kuala Lumpur dan sampai dalam pukul 7.45pm
Sekarang padat dan tepat mengenai perlumbaan sahaja:



1 Acara.

Pada aku ini bukanlah satu acara yang terketegori dalam kegemaran tapi atas sebab nak tahu apa kejadahnya P.I.C ni aku pun dengan berahinya mendaftarkan diri. Acara ini rasanya macam acara ketahan metal dan fizikal kerana memang sukar walaupun buat aku yang dah biasa buat perkara giler-giler ni.

Walaupun aku tak ada idea langsung macam maner acara ni tapi sekali lagi aku dengan tersengaja memberahikan diri masuk kategori Elite atau acara jarak jauh. Perlumbaan yang bermula pada pukul 10am pun dah dikira kurang waras sebab cuaca dah panas legam. Tapi apa the hal, ini kan ke acara yang lain dari yang lain. Lebih kurang macam biathlon offroad, lari dan renang tapi dicampur-campur dengan beberapa perkara lain lagi yang tak memasal.


Pada permulaan larian aku cuma geli-geli sahaja sebab pengalaman pun tak ada jadi jangan mengada-gada nak tunjuk lagak. Mula lari je selepas 600m dah kena layan bukit bukau. Tapi kerana tenaga masih banyak sesekali aku henjut gak bukit tu dengan kelajuan nafas kambing. Nasib baik jalan tak berselut keterlaluan kalau tidak pasti kasut aku akan jadi saiz 15 sebab disalut lumpuh dan tanah merah.

Lalaun perlu dicari sendiri dan hanya ditanda dengan riben merah/putih yang amat mengelirukan dan tak heranlah memang ramai perserta tersesat atau tersasar check point atau tak buat satu disiplin. Pada permulaan pendakian pun dah mula ramai para perserta berpecah kaca pecah gelas mencari laluan yang betul atau terbaik. Aku dikira bernasib baik kerana dengan kepakaran mata keranjang ku, dapatlah aku mencari jalan yang betul(mula-mula je).

Setelah habis mendaki kenalah turun kearah pantai dan di tepi pantai peserta diminta memikul guni pasir seberat 8kg bagi jantan dan 4kg bagi wanita sejauh 100m je. Walaupun dengar 100m je tapi setelah mendaki nak pikul binatang tu memang satu azab dunia. Habis pikul tu aku kena lari semula mengelilingi pulau untuk ke garisan permulaan untuk lengkapkan loop 1(elite sahaja) dan dapatlah satu getah pengikat rambut(riben) sebagai petanda yang aku dah pun lari 1 pusingan lawan jam. Kemudian mengadap semula jalan yang sama sekali lagi ... aamaakk. Kali ni sorrylah aku dah habis tenaga, maka aku jalan jelah sambil mendaki tu dan sesekali masuk PIT sekejap. Bukan apa cuaca pun dah panas giler pada masa tu.

Habis mendaki bukit kali kedua aku mula tersasar arah dan tujuan. Tak pasal-pasal aku terpergi ke pantai sekali lagi. Tah macam maner mata keranjang aku dah mula kurang berfungsi jadi aku tak nampak kat maner simpang nak melencong ke arah lain, sebaliknya aku bergerak dalam bulatan pada tempat yang sama .... tensionnya aku. Kemudian ada sorang tu tah sapa tah, bagi aku tahu kena ke belakang semula. Tak pasal-pasal aku cilok celah Bar kepala Rimau yang dipenuhi mat dan minah Saleh yang sedang layan kepala bersama dengan 2 peserta lain. Zik zak zik zak aku kembali ke pangkal jalan. Perjuangan diteruskan.

Ada masanya aku jalan sorang-sorang dan ada ketikanya aku jalan sendirian dan ada masanya aku jalan kesunyian. Giler depan belakang tak ada orang tapi aku belasah gak sehinggalah aku jumpa peserta Novice barulah aku lega sikit. Ketika mendaki ada sorang peserta kena stroke haba. Nak aku tolong aku pun tak ada apa, jadi aku suruh sape ada air tu jirus mamat tu dan aku akan bagi tahu kat pegawai bila aku jumpa nanti.

Dari situ rasanya adalah lebih 30 minit aku berlari sebelum aku jumpa sorang sukarela dan bagi tahu dia ada orang kena stroke kat belakang. Malam tu diumumkan yang peserta tu selamat, lega sikit aku dengar. Ya...... aku ada tergolek gak sekali semasa lari sebab kaki dah lemau.

Sampai P.I.T stop aku belasah air kaw-kaw sebab aku pun dah macam nak kena stroke gak ni. Giler keluar dari hutan memang panas bangat. Dahlah badan aku ni minggu sebelum kena bakar kat PutraJaya, kali ni kena bakar lagi. Rentong giler dah aku ni. Kalau berdiri dengan Kenya rasanya macam sama je rupa tapi Kenya tu lagi powerlah. P.I.T ini juga kena ambil riben kedua.

Lepas tu berlari lagi naik bukit .... layan dan turun semula dan alamak....renanglah pula. Renang lepas lari 7km memang aku tak pernah buat tapi ape the hal .... balun jelah. Mula-mula buka kasut konon tapi tak sangka pula lebih 70 meter semuanya terumbung karang. Adehhh luka kaki aku. Naik semula ke pantai terpaksalah pakai kasut semula.

1 Bencana.


Garisan merah(renang)

Setelah lebih 70 meter melayan karang yang tajam-tajam tu barulah air cukup dalam untuk berenang, itu pun sesekali tangan aku terkena gak karang yang besar-besar. Jauh dah ketengah baru selesa nak renang. Pada yang tak yakin bolehlah guna lifejacket tapi aku maleh nak pakai sebab slowlah guna benda tu. Kali pertama juga aku renang pakai baju dengan nombor didada dan semasa inilah kesilapan aku yang terbesar, iaitu berenang dengan baju lari. Rasanya dalam 300 meter aku berenang puting aku mula sakit giler sebab bergesel dengan baju tu dan juga dengan pin yang ikat nombor. Aduh stim giler teramat sampai aku rasa macam nak berhenti je renang dan panggil bot bomba tarik aku. Baju tu dok libas beribu-ribu kali puting aku namun aku teruskan juga renangan. Ada seketika aku terpaksa berhenti sebentar untuk kemas kan baju tu dan tak pasal-pasal tertelan gaklah air laut tu. Rasa seram pun ada ketika tu sebab aku hilang kawalan sebentar dan terasa kaki macam nak krem(paling bahaya kalau belaku). Ombak besar jugalah hinggakan penganjur terpaksa batalkan 1 disiplin. Ia itu terjunan dari jeti tempat aku nak naik selepas renang.

Habis renang aku tempat ke 39 tapi sebab dah stim tahap cipan aku terpaksa relax jap. Disini pun kena ambil 1 lagi ribon terakhir dan kemudian layan 500 anak tangga. Bermula dari memanjat anak-anak tangga tu aku dah tak berbaju sebab dah tak tahan stimnya bergesel-gesel. Sampai ke pantai semula nak panjat apa benda tah, (macam platform) pun dah tak larat. Adalah awek 2 orang kat situ, jadi larat ke tak, kena larat gak sebab nak control hensem. Sebab awek-awek tu kenal aku hehehehe....... kalau korang tak ada aku dah jalan kot.

Panjat yang kedua aku bergolek je dan 100m terakhir dengan tenaga tahap reject aku speed gak sebab member-member yang ada memberi aku semula semangat yang hilang. Walaupun tak ada besi tapi aku puas hati sebab berjaya juga tamatkan acara ni. Tempat yang ke berapa aku tak pasti tapi mahu gak lebih 50 kot sebab lepas renang ramai orang sayur akulah.

1 Gosip.

Geng mengumpat aku 3 hari 3 malam.

OOoo yang ni aku no komen.

Sorry penulisan kurang kemas sebab aku masih dalam mood INSAF ...... Insaf bila pikir nak ulang semua tu lagi. Dan tahniah pada semua member-member yang tamatkan acara ni tak kiralah laju atau pelahan, awal atau lewat. Orang yang menang jangan pakai habis duit tu sebab mesti kena belanja aku.

10 Mengumpat:

CheRaMicHe said...

rasa mcm bro mengimbas kembali kenangan di PIC 2007.. camtu lah lebih kurang.. dengan kurang marking, dengan panas tak hingat. tapi xde kayak ek? rasenye part kayak ngan berenang tengah2 hari bute lah yg paling seksa.. sbb tu pikir 10x nak masuk elite lagi utk PIC tu.. tp bila dah baca entry kawan2 yg pegi, confirm next year nak seksa diri balik :P

..::EnAikAY::.. said...

Bro, lu punya race report mmg hiburan best utk dibaca 8 kali seminggu. Teruskan perjuangan.

Well done n tahniah sbb akhirnya boleh jugak buat PIC. Aku punya turn.. not sure yet bila.

Congrats!

kucing kuku hitam said...

awek yang 2 org yg jaga platform tu mesti/pasti cun kan..ahaha

Diket said...

Giler kentang mantap punya race report bro. Aku gelak sorang2 bila dok bayang hang huru hara. Hehehe. Anyway, well done bro. Aku patut cuba next year.

rusfarizal rusli said...

syabas bro..kalau wa nie..dah sewel tahap gaban dah nie...

faeiq said...

best gile report..
tahniah sbb finish.

The Corporate Athlete said...

melepas lagi aku PIC tahun nih .... :{

zulhassan said...

daud:masuk jangan tak masuk, penat kejap je bestnya lama.

nik: tahun depan jom kita booking ramai-ramai.

miow: memang cun giler dan nasib baiklah aku tak jadi giler terkejar 2 orang tu.

diket : jom , satu bas kita member2 je.

farizal: giler tu satu keseronokan, tak percaya jom cuba.

faeiq: ni report ikut gerak hati kata orang, maleh nak pikir2. Apa yang terlintas aku taip je lah.

ian: rugi bro tak pergi.

Diket said...

Tahun depan aku kena booking sama CAR utk pegi.

fyrul said...

hahaahah....
mmg lawak giler baba's lah race report ko ni... tgh race pon bleh ada mood nak stim...
kalu aku dah penat lemau tu tak larat dah nak stim...

seronok gak ni.. mcm nak cuba jer next year