CMAMAT ENTERTAINMENT & CLOWN SERVICES

CMAMAT ENTERTAINMENT & CLOWN SERVICES
016-2343017 / 012-3542961

VIP TERHORMAT

11.11.09

Powerman 09 @ Lemauman 09

Tq pada Tey, Victor dan member-member lain yang ambil gambar-gambar kami semua.




Ok net aku dah pulih seperti biasa setelah ribut petir Senin lalu.


Kenapalah aku pergi lagi ni walaupun dah tahu bencana pasti ada. Terutamanya bila tak buat sebarang latihan gerak khas dan latihan mengeraskan otot-otot yang dah gebu-gebu ni. Sejak balik dari Pulau Perhentian tempoh hari adalah geli-geli sikit, bukan berlatih pun sebaliknya lebih kepada makan angin sahaja.

Kali ni aku rasa enjoy sikit. Taklah macam tahun-tahun lepas, keras layan kepala sorang-sorang. Rasanya atas sebab tulah agaknya aku bersemangat nak pergi menyiksa diri lagi. Ramai member-member dari Chap Ayam turut menyahut cabaran Powerman kali ni. Seperti acrara-acara yang lepas, tema 1 acara 1 bencana nampaknya sudah sebati dalam diri ni. Cuma kali ni berbeza banyak sebab 1 acara 3 bencana serentak.

1 acara Powerman 2009

Macam biasa bila malam nak race aku mesti payah nak tido. Walaupun dengan poyonya belum pukul 10pm aku dah landing tapi hakikatnya mata tetap tak mahu lelap dengan lena. Cuma kali ni aku tak sendirian kerana member-member seperjuangan pun sama gak, 2 x 2 macam aku payah nak lelapkan mata. Bukan apa dalam kepala bana aku ni dok pikir apalah nasib aku esok. Selamat ke? Habis ke? Pancit ke tayar? Hujan atau panas? Nak makan apa pagi esok? Perlu ke makan? bla bla bla...... 1,000,001 soalan. Padahal ini adalah kali ke 3.

2.30am aku dah sengal ... tapi paksa juga dengan rangkus untuk tdo.

4.30am aku yang tunggu jam hand phone tu berbunyi.

5am member-member pun dah bangun dengan cargasnya dan memulakan acara pertama iaitu mandi bergilir-gilir

5.30am siap-siapan(mek kap, ponco-ponco, mentera dan sebagainya)

6.15am bergerak keluar ke medan perang.


Masih segarrr, bugar dan mekar...... lepas habis macam nak mampus....

6.30am baru tergesa-gesa nak layan kopi O. Cuba makan Powerbar tapi aku nak termuntah pulak. Sampai member pun panik dan dia orang terasa akan ngerinya nak makan Powerbar subuh-subuh buta tu. Namun aku cuba gak belasah Powerbar tu. Tak lalulah.... separuh je yang aku telan.

7.20am mula menyemak kat depan dengan pro-pro., terasa macam best kejap(perasan).

7.30am Bang... tiba-tiba bila nak lari aku teringat pasal mercun yang penyokong-penyokong bola sepak pasang di stadium. Untuk maklumat, aku tak minat main bola sepak atau tengok, dah tak minat main takan aku nak tengok lak. 90% rakyat Malaysia suka tengok bola sepak dan pandai kondem orang yang main tu sedangkan dia sendiri setahun sekali pun belum tentu tendang bola(pelik tapi benar). Aku baca kajian ni dalam suratkhabar.

Mulakan larian dengan sepoi-sepoi bahasa sebab dah tahu perjalanan masih jauh. Member-member ada yang dah pecut laju. Aku masih mengikut pepatah melayu:

Ikut nafsu lesu

Ikut rasa binasa

Ikut hati mati beb.....


Makan-makan. Member-member Chap Ayam.

Dah betul dah pepatah atas ni cuma kita ni je yang selalu lupa. Aku kekalkan larian dengan rpm 175 -180seminit. Kalau pakai heart rate monitor tapi tak nak ikut,baik buang. Walaupun aku tak berlari dengan fool turtle tapi berjaya gak aku tamatkan larian dalam masa 53minit++.

Masuk pit wajib control hensem. Maklumlah Tey mesti ada tah maner-maner sudut dok klik gambar semua perserta. Jadi janganlah buat benda pelik-pelik nanti tak memasal gambar sedang korek hidung lak yang keluar nanti kat Web Tey. Tq Tey untuk sokongan anda pada kami semua.

Bencana pertama: kesenakan tahap 10

Keluar kayuh aku balun pia cow-cow lalat ..... sampai aku pun naik raihan dengan speed purata 35km/j. Masa mula nak kayuh setelah keluar dari pit, botol air aku terjatuh dan tak pasal-pasal kena buat U turn. Tension kejap. Dahlah aku dengan kayu dan berlagak bawa sebotol tu je. Selepas 40km berkayuh tiba-tiba aku nak termuntah. Apahal ni, apa aku nak jadi Norman Stedler ke? Aduh sakit giler dan tak pasal-pasal terpaksa ketepi tapi masih lagi dok layan slow giler. Hampir 10 minit gak aku nak recover kesenakan tu. Telah pun aku berkata pada diri dan member-member, kalau dah termuntah baiklah berhenti sahaja. Bermula dari situ aku dah tak berdaya nak pecut. Maka layan jelah 20 - 24km/j, dari tak bergerak. Sampai station air aku berhenti kejap basahkan kepala, pening semacam lak. Nak pitam ke aku ni !!!

Becana kedua:panas giler- luar kawalan

Dan semasa berhenti tu baru aku perasa rupanya tak ada seurat awan pun aku tengok keatas. Adeh.... kepanasan tahap 110% patutlah rasa nak masak kepala ni. Sebenarnya aku malas nak basahkan diri semasa kayuh sebab tak nak tapak kaki kembang tapi pilihan tak banyak. Pedulilah dari pitam atau koma, biarlah basah sikit.

Lepas layan air barulah bertenaga semula nak kayuh. Tah macam maner badan aku ni ok semula dan apa lagi tak reti-reti nak pecut laju semula. Hingga sekarang aku masih tak faham macam maner badan aku yang dah lesu giler selepas seketika boleh OK semula. Ini bukan kali pertama berlaku, rasanya aku kena jumpa bomoh kot tengok-tengokan. Sampai pit semula purata kelajuan 29+km/j. Kira oklah tu.

Bencana ketiga : tak larat(ni ceita biasalah+AIS TAK ADA)


Handal betul Mat Salleh Giler ni. 1st age group tu.

Lari setelah kayuh, mmmmm .... maleh dah aku nak cerita pasal ni sebab dah memang kelemauan diri ni. 10km terakhir bagaikan 20km. Perkara ni terlalu sukar hendak dilakukan(akulah) hinggakan aku tak sabar nak baring. Duduk dah tak ada dalam kamus aku pada masa tu. Yang aku pikir nak baring, nak baring, nak baring. Cepatlah habis..... nak cepat habis macam maner, ada makcik jalan kaki pun lagi laju dari aku(makcik tu pergi kedai kot). Tapi tak ada hal lah sebab bukan aku sorang je yang jadi biul pada masa tu. Malah aku rasa macam lawak lak bila tengok ada sekumpulan orang yang 3-4 jam lalu senyum, gelak-gelak, borak-borak dah jadi macam orang separa giler. Pada masa dan saat tu rasanya tak ada perkara yang lebih penting melainkan nak tamatkan seberapa segera yang boleh.

Aku rasa kalaulah ada orang masih pikir pasal kerja pada masa tu, orang tu memang patut kita hantarkan ke Tanjung Rambutan je. Nak bawa diri pun dah tak larat ni. Dalam pukul 11am bolehlah lagi nak berselindung disebalik bayang-bayang pokok tapi selepas 11.30am panas giler tak ingat. Kaki aku dah rasa macam jalan atas bara. Nasib baik gak aku pakai stokin tebal. Jadi bila dah dibasahkan lambatlah nak kering. Baju aku jangan cakaplah, rasanya dah 10 kali kering kot. Ais tak ada, mangkok tandaslah dia orang ni. Bila tanya bebudak air tu, dia orang kata tak ada tajaan untuk ais. WEEEHHH...ais pun nak orang taja ke baru nak sediakan(betul ke ni, malunya). Lain kali tulislah dalam web, Tolong bayar $10 untuk kami beli ais sebab tak ada tajaan.


Aku masih happy walaupun masa tercorot.

Tapi semasa berlari tah macam maner mana aku suka suasana yang ada. Ramai perserta saling memberi semangat pada satu dan lain. Rasanya aku tahu kini kenapa aku masih lakukan semua ni sedangkan ia amat menyiksakan. Persahabatan, perbualan dan berkongsi sakit sedap bersama ketika itu membuat aku rasa satu perasaan yang tak dapat aku jelaskan. Perasaan yang selalu aku idamkan. Tak reti aku nak cakap macam mana best masa tu dan kerana perkara ini jugalah ramai orang datang semula untuk lagi dan lagi dan lagi menyusahkan diri. Terima kasih pada semua yang borak-borak dan yang ajak aku berlari bersama semasa aku dalam keadaan yang sukar walaupun ramai yang aku tak kenal(lama-lama nanti kenal lah). Anda, kami, kita semua sama sahaja.

Masa tak rasmi aku 4jam 32minit. Kira oklah tu(nak sedapkan hati). Tahniah pada semua yang ada BRAN mencuba. Latihan tak ada membuat aku rasa insaf rasanya nak masuk lagi(kalau umur panjang). Jadi kalau nak masuk lagi, Zul kau mesti kena buat brick. Maka bermula dari semalam aku dah mula buat brick.


Masih biul lagi ni.

Makan + tidur=malas.


Adakah ini acara terakhir aku tahun ni, boleh jadi ya sebab aku tak ada register apa-apa lagi setakat ini..... AKU CBUK LAH.


Kami orang last sekali bla dari kawasan ni, 3.45pm. Aku koma tidur kat kaki lima.

16 Mengumpat:

anakpanyu said...

tahniah bro kerana berjaya tanpa ada latihan yang mencukupi. next year cuba cubalah ikut overseas punya - singapore, thailand, indonesia atau Brunei

zulhassan said...

aku teringin nak gi Brunei lah tapi kalau last minit event tak boleh.

The Corporate Athlete said...

congrats bro ... janji ko habiskan race.

rusfarizal rusli said...

tahniah bro..!! aku dah macam kayu kena bakar masa last lari tu,rentung abis,tapi alhamdullilah aku berjaya habis gak powerman aku yg pertama

Fong said...

waaa.. kirenyer stamina u ada lagi, cume tak condition muscle tu ja.. =) cgts...

..::EnAikAY::.. said...

Tido secara koma selepas race memang sedap.

Well done bro!

Ajo said...

Zul aku nampak nko masa kat Dewan. nak tegur tapi aku masih malu nak bersua ngan nko. hwahahaha... (aku lupa lak nak jumpe nko, pasai pi cebok kan anak aku kat tandas.. dah selesai trus pi kete cabut pi Pangkor). dalm kete baru tingat..
Anyway congrat to U and aku tabik GAB-spring kat nko 7x

K3vski said...

Lemau lemau pun masa cepat eh! Tahniah!

Btw lemau tu ape eh? Kekekeke.

missjewelz said...

yup, lemau tuh perkataan je.. yg penting Zul habis !! And time semua org mostly mmg drop pon tahun nie termasuk lah saya.. !!! huhuhu... apa2 pon, tahniah lah ye !!!!!!! teruskan menjadi contoh kepada pakcik-pakcik boroi yg belum ada azam utk join sukan mcm ni.:P

fyrul said...

hehehe
tahniah bro dpt habiskan! aku tamatkan 30minit selepas ngko...
larian tengah hari tu aku dah rasa mcm nak give up dah.. kulit hampir nak masak mcm cekodok dah..
tp 2nd lap aku cuba ubah style larian aku, dpt jugak aku maintain pace aku sampai lah habis, sekali sekala je berenti.. habis basah kasut aku siram dgn air..

harap2 dpt masuk powerman lagi next year.. jgn insaf bro.. betul kata ngko, kita sama2 share kepayahan, penyiksaan, perbualan.. semua ni susah mau dapat.. org akan dtg semula utk merasa semua ni.. susah nak gambarkan kat org, kene masuk dulu baru tau camner rasa..

zulhassan said...

rizal :tahniah sebab ada bran masuk

fong:stamina pun cukup2 makan je

nik: memang best giler

ajo: jangan segan2, aku bukan menteri ko nak segan2

kev:lemau tu macam biskut dah masuk anginlah. nak makan tak sedap nak buang sayang :D

juli: aku rasa seabad lagi pun aku masih tak leh nak sayur ko :(

fairul: tahun depan kita rentung bersama lagi. mesti rindu punya rasa tak berdaya tu.

tq my pren sebab korang ni bukan masa race je memberi rangsangan kat aku ni tapi dalam net pun sama gak.

ahmad fathi said...

Welldone Bro!!!! power lah kau ni.. tak payah training pun bulih buat... respect. Congrats..

missjewelz said...

zul : saya rasa u kena kasi analisis cara u training....... what do u think? pastuh mmg ada baiknye kalau ada group2 buat ride, try to join them. saya pasti anda boleh sayur saya. tahun ni mmg x push langsung langsung especially untuk run 1 ngan run 2.

zulhassan said...

may be dah sampai limit aku had ni je juli. Tak pe, tahun depan aku akan all out heheeh...

Anonymous said...

wah..salute betul-betul pia spirit !!

pmtey2

zulhassan said...

tq tey :D