24.2.20

23hb Feb 20 Borneo Half 5am


4am dah bangun terus belasah kopi o dan roti 1. Mat Salleh tu aku tengok makan pisang 3 4 ulas juga. Aku tak lalu nak makan pisang awal² ni(rosak  susuk awang muda org kata). Settle semua jog jelah pelan². Larian kali ni buka bermula di Stadium Likas seperti biasa tapi di Padang Merdeka KK.


Plan asal, terus target belon 2jam. Plan asal nak follow sampai habis walaupun tahu memang tak mampu pun. Baru 5km dah rasa macam nak jalan. Nilah padah kalau 3 bulan tak buat apa² tapi terus masuk 21km. Terus juga paksa diri follow. Pada KM8 dah mula tertinggal keretapi sedikit tapi paksa juga cucuk angin merapatkan jurang. KM10 dah level zombie nak follow, paksa juga. KM 12 saya pasrah......

KM15, 90min tapi kaki kiri tah macam mana terblister pula. Apakah sebab kasut dah keras bila lama tak diguna? Atau tapak kaki aku yang dah mula gebu sebab duduk sahaja tak buat apa? Atau kerana pusat graviti perut dah mula kehadapan agak banyak sekarang? Apa pun semua tu tanda² padan muka, siapa suruh cari pasal masuk 21km. Lain kali 3km Fun Run sudahlah ya.

Macam tahun lepas ditinggal juga dihostel ni

Selepas KM16 aku mula jalan² tengok permandangan. Laju² pun bukan podium, potasium, magnisium pun kan? Begitulah sampai selesai. Janji habis sudah. Cukuplah, serik sudah aku nak lari 21km bulan ni. 

Taniah tamat gak, walaupun macam aku tiada letihan apa²

Tenghari kami semua gerak ke Kinabalu Park dan melepak layan keindahan alam 3 hari 2 malam. Agak sejuk malamnya,  malah bila sembang dengan guide² mereka kata memang dah 2 minggu cuaca dingin. Malah kolam atas gunung  berais. Untunglah mereka yang panjat masa ni sebab cuaca baik.

Nasib hanya lewat malam suhu macam ni. layazzz...



Lepak J Resident sangat mudah nak ke Kinabalu Park

Jangan terpedaya sebab tu high filter gebuzz mood.

22.2.20

22 Feb 20 Borneo Half


Plan asal nak ke KK adalah untuk JJCM sahaja tapi bila intai² ternampak pula larian Borneo Half terus niat buat 3 in 1, lari , JJCM dan melepak kita di Kinabalu Park. Ada juga terpikir nak tambah 1 lagi iaitu panjat puncak tapi biasalah gunung  tu nak kena booking bagai. Cuma last² minit ni gunung banyak kekosongan sebenarnya sebab ramai batal disebabkan kes virus terkini. Kalau nak On juga kena tambah hari pula so kira memang tak boleh.

Kami parkir kereta di Park N Ride CyberJaya dan naik tren. Sehari park kereta kat situ RM5 sahaja, so sangat² berbaloilah untuk 4 hari.


Maaf masih model yang sama utk kali ni.


Kenapa peelu bayar lebih, buskan ke ado!

Dari airport KK ke Town kami naik bus Airport RM5 sahaja. Macam biasa sebab ni plan poket ketat jadi seberapa boleh mestilah paling kurang kosnya. Kami pun lepak hostel sahaja. Yang besh lepak hostel ni sangat mudah untuk mencari sahabat baru. Maklumlah makan, minum, tengok TV bersama. Kalau anda pula jenis yang suka beramas mesra tak kira siapa, lagilah lama dan banyak topic untuk disembang.


Wow.... masih tergantung medal tahun lepas.

Kebetulan ada seorang Mat Salleh dari Australia kaki lari juga. Bukan biasa² tapi pelari Ultra dan dia pun masuk juga Borneo Half ni. Dan sehari sebelum baru je turun dari Puncak Kinabalu. Dia perasan ada larian semasa balik ke Town dari gunung terus minta untuk REG. Punya syok sembang sampai terlupa nak selfie bersama. 


Ok baju tu dah up saiz ke XL. Faham² sudah.

Sebab esok nak race jadi terpaksalah cubatrytest tdo awal. Kenyataannya macam biasa, kalau esok ada event memang idak lena mata ni bah. Bila bangun nak ke tandas ada pula mek² salleh layan movie. Nasib 5am nak layan 21km, kalau tak memang dah join ramas mesra 2nd round pula.

21.2.20

Cafe UAK - Ustad Abdulah Khairi


Sebenarnya aku baru tahu Ustad ni ada buka cafe untuk cover cost² sekolah tahfiz dia. Salah 1 cafe dia berhampiran Tol lama Batu 3. Cuma kalau nak masuk kena ikut laluan Jalan Glenmarie dari Jalan airport atau sebelah Stadium Shah Alam.


Sambil makan boleh tengok org ramai yang sibuk akan hal dunia 24 jam


Moga kedai ni semakin ramai yg datang.

Menu barat dan Nusantara memang kira cunlah. Aku saja cubatrytest makanan barat. Pada aku sangat² puas hati. Jadi marilah ramai² kita meriahkan Cafe UAK ni. Makan sambil membantu beliau. Tapi aku minum air mineral je. Jadi tak leh nak komen air² dia yang menarik tu.






Banana ni x2 so total makan dalam Rm70. utk 4 pingan. Oklah sgt³ herga untuk 2 org.

Kompom makanan halal dan tak ada was² sikit pun. Yang bagusnya ada juga sahabat kita berbangsa Cina makan disitu. Jadi pakat ramai² viral, dari fwd perkara bukan² baik viralkan kedai Ustad Abdullah Khairi ni






Kalau ada race maybe bingit sikit kot suasana.

9.2.20

9hn Feb 20 Hanoi jom balik


Turun je bas kami sengal dan tanpa plan kami pusing² macam gasing. Habis 1 tasik kami pusing. Bertapa aktifnya sekitar tasik tersebut. Tai Chi ado, bebudak joget ado, orang jog dan nyayi ado dan paling ramai orang datinglah.


Jauh beza siang dgn malam tasik ni

Awek pun layan tendang bulu ayam tu

Banyak lorong kami masuk tengok night life Hanoi. Ada 1 tempat tu meriah giler dengan orang mabuk. Kalau dengan famali jangan pergi tempat² macam tu, risau kalau apa² hal.


Depan ni berlambak taksi tapi kami segan nak tanya harga.


Kalau beli 1 nak mintak murah memang payah, cuba selori?

Diringkaskan, kami sebenarnya nak lepak layan cuaca ditepi tasik tu sampai 4am tapi disebabkan tetiba angin kuat dan hujan mula turun ..... ambil Grab dan ke Airport. Yuran 300k tapi bagilah xtra sikit, janganlah kedekut sangat. Salah satu sebab mereka ketat juga dengan orang Malaysia ni ,berat sangat nak bagi sehingit 2.

Sampai sana 1 hal pulak. Jenuh kami pusing² macam tadi juga mencari mesin tiket AirAsia. Bincang² punya bincang sambil cincang otak, rumusannya memang tiada. Carilah port tido dan kami tdo seperti di rumah.


Poket ketat macam nilah gayanya, janji landing


5.30am masih belum ada kauter AA buka... biar betik. Betul ke airport ni? Betul tapi mana kaunternya nak check in. 6.05am baru buka... gilerlah... buka ngam². Kita dok terpikir manalah tahu dalam tu jem ke? Memang giler....

Stress level jiwakacau dah masa ni

Kita dah jenis biasa awal, bila kena macam ni panic atack dibuat ya. Siul bebetul.... apa pun kami jadi org pertama settle dan tak sabar nak balik dah. JJCM ni jangan lama² sangat, boleh stress juga sebab rindu nasi lemak dan roti canai.

Next...

8.2.20

8hb Feb 20 Hanoi hari ke 4


Tajuk Hanoi tapi kenyataannya kami lebih lama lepak di SaPa. Hari ni last day di SaPa. Bangun pagi dah ada perasaan tak sabar nak kembali ke tempat yang cuacanya panas. Habis dah hari² tdo dalam peti ais kepala pun dah mula sikit pening. Tengok suhu 6c, kepala tak bungkus patutlah kebas jadinya.

Bila dah siap² kami pergi sarapan dan ingat ada macam semalam rupanya bila tak ramai orang mereka tak buat makan freeflow jadi tak bolehlah makan banyak macam semalam. Kami diberi menu dan pilihlah mana yang anda mahu.


Selain dari ni sila bayar dan 1 set sahaja okeh

Sambil makan  bincang nak pergi ke tak kampung  Cat² tu. Oklah... On je sebab dgn hotel memang jalan yang sama. Perjalanan memang didalam kabus sepanjang masa sebab malam tadi hujan agak lama. Sedap je kami turun jalan tu sampai terbabas dah dari pintu masuk yang agak tak menyerlah gerbangnya. Dalam 500meter juga terpaksa patah belakang semula dan mendaki. Nak masuk silalah beli tiket. Dan kami perasan harganya pun dah up 20k dari bacaan diblog² sahabat yang lain. 


Kalau ada group lain masuk boleh je nak join mereka tapi memang slow sangatlah pergerakannya

Bila baca juga dari data² di web masa yang diperlukan untuk semua² kawasan agak lama. Kami memang tak bolehlah nak bebetul layan semua perkara sebab 12pm mesti nak check out dah. Jadi kami lepak area yang sedap mata memandang untuk snap² beribu ribu gambar.


Lakosi wajib jika ada tulis² ni


Ni dah kira habis poyo jadi jangan nak perli²


Cat sekor pun tak nampak tapi dog dog bersepah


Ada je yang nak bergambar dengan aku dari semalam. Heren tul....

1 perkara silalah pakai kasut sport paling bengong dan terbaik kasut tracking/hiking sebab tangga dan lalun agak licin terutama bila ada kawasan yang orang ramai turun ke tanah. 

Ada pertunjukan kebudayaan juga tapi kami tak minat sangat tarian ni. Tarian tiger, k-pop bagai pun tak tengok nikan pula tarian tradisi. Memang penarinya comei² tapi comei lagi orang Malaysia. Disepanjang laluan  banyaklah sgt kedai jual barangan mereka dan juga mainan kanak². Nak beli boleh tapi terbaik selepas selesai merayap dalam tu, jika tidak penatlah nak pegang keliling kampung. 


Malu cat cat pulak nak bergambar dengan salah seorg penari kebudayaan mereka

Bawa beg juga sebab senang nak sumbat apa². Memula memang sejuk tapi kalau bergerak dengan cara kami tau² berpeluh je ketiak. Sebab dah tahu memang akan turun naik bukit kami juga tidak pakai jaket kalis peluru yang dah sebati dengan badan.

Selesai loop kampung tu anda akan keluar dilaluan lain. Ada teksi motor dan yang bagus herga memang dah fix tertulis so taklah kena scam. Tapi tengok harga ala² scam je mahainya. Kami jalan kaki sambil terus mencuci mata.


Teksi motor sedia berkhimat

Settle semua, balik ke hotel dan siap² untuk bereda. Sebelum keluar kami balun makan sampai lebam sebab malam nanti belum tentu ada barang nak dimakan. Memang ada bawa serunding dan sambal tapi nasi nak sambar mana malam buta tu, pub banyaklah buka.


Awek yg ambil pesanan pun kompius sebab orgnya 2 je

Yang pastinya bagi kami  motor tak perlu sebenarnya sebab kawasan nak gi selfie bagai ni semua berhampiran sahaja. Tapi kalau ada jenis yang ada gaut, kaki berat? Bawa famali atau ke apa saja alasan, bolehlah sambar sebijik buat pacak.

Sekali lagi kami berjalan kaki sahaja ke hentian bus hijau dan macam biasa juga kami awal berjam jam. Perkenalah kopi lagi sebelum keras 6 jam dalam bus.

Baju bau kedai, harap maklum

Nama pun jalan² jadi jalanlah kalau boleh

Nak disco ke nak tdo.

Sebelum bergerak mereka tanya siapa nak turun airport? Kacau...  kalau turun akan awal berjam jam jam sebelum flight pagi esok dan jadi tukun kat sana. So bincamg punya bincang punya bincang, kami ke Hanoi dulu.

Bila sampai di Hanoi dalam 10pm nanti kami akan pasang plan seterusnya. Plan tersebut ialah tiada plan tertentu juga.......... sengal. Yang pasti sebelum 6.30am kami kena berada di Airport esok.